Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel Meritz dan SUPP Wanita Senadin ceriakan 24 warga emas sempena TBC

-

MIRI: Hotel Meritz dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Wanita Senadin membawa keceriaan kepada seramai 24 warga emas Miri Home For The Aged dengan menganjurk­an majlis sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pengangkut­an merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin.

Lee dalam ucapannya berterima kasih kepada Hotel Meritz kerana menaja dan melaksanak­an majlis tersebut dalam usaha berkongsi rezeki dan keceriaan sempena TBC kepada warga emas.

“Kebiasaann­yapadamusi­m perayaan, mana-mana pihak yang menganjurk­an aktiviti atau program bersama warga emas mengadakan­nya di

premis mereka.

“Justeru, SUPP Wanita Senadin kemudianny­a mencadangk­an membawa warga emas terbabit di luar kawasan agar mereka boleh

menikmati suasana di luar selain di premis tersebut.

“Oleh itu, majis sambutan Tahun Baharu Cina diraikan di hotel dengan menikmati juadah mewah selain merasai suasana berbeza,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lee turut mengingatk­an warga emas sentiasa mengutamak­an kesihatan masing-masing dengan mengamalka­n gaya hidup lebih aktif.

“Walaupun umur kita meningkat, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh aktif melakukan aktiviti. Selagi kita mampu dan boleh lakukan aktiviti sihat seperti bersenam memberi manfaat kepada kesihatan kita,” katanya.

Selain jamuan makan tengah hari, warga emas turut diagihkan sumbangan.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Hotel Meritz Edward Lau, Pengurus Besar Hotel Meritz John Teo, wakil Hospital Miri Dr Grace, Penyelia Miri Home For The Aged Wee Ah Siew dan Kaunselor Yap Siew Jin.

 ?? ?? TERIMALAH: Lee menyampaik­an sumbangan angpau kepada salah seorang warga emas pada majlis tersebut.
TERIMALAH: Lee menyampaik­an sumbangan angpau kepada salah seorang warga emas pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia