Utusan Borneo (Sarawak)

Kenali ‘kulaan’ Banjar di Bagan Serai

-

atau ‘kulaan’ yang erat dan masih kuat mengamalka­n sebahagian tradisi masyarakat, membuatkan ukhuwah etnik Banjar yang mendiami bahagian utara negeri Perak kekal utuh seperti adik-beradik.

Ahli Majlis Yang Dipertua Pertubuhan Banjar Malaysia Jamaludin Asaari, 67, berkata bagi memastikan adat tradisi masyarakat Banjar terus segar, pelbagai program kebudayaan dijalankan pertubuhan itu yang mempunyai kira-kira 8,000 ahli berdaftar di seluruh negara.

“Kita buat macam-macam program sama ada tarian, nyanyian dan sebagainya. Apa yang dilakukan juga sematamata untuk mengeratka­n hubungan yang terjalin antara satu sama lain.

“Selain itu, program yang diadakan juga turut diperluas ke peringkat antarabang­sa … pihak persatuan turut mengadakan kunjungan ke Indonesia iaitu di Banjarmasi­n, Riau, Sulawesi dan Surabaya bagi mengukuhka­n hubungan sesama etnik Banjar di luar negara,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Jalan Banjar di Bagai Serai, Perak barubaru ini.

Menyingkap kedatangan kaum Banjar ke Perak, Jamaludin yang juga Pengerusi Bubuhan Banjar Perak (BBP) berkata Banjar merupakan penduduk yang berasal dari Kalimantan Selatan.

Beliau berkata penghijrah­an etnik ini secara besar-besaran ke Tanah Melayu termasuk di Kerian, berlaku pada awal 1900-an menggunaka­n jalan laut, sungai dan juga darat.

“Penghijrah­an ini turut tertumpu di kawasan penanaman padi kerana di situlah terletakny­a kepakaran mereka yang membuatkan mereka dikenali dengan istilah ‘di mana ada padi, di situ ada Banjar’,” katanya.

Justeru, katanya kepakaran dalam bidang penanaman padi juga menjadi punca utama sebahagian besar etnik Banjar di Malaysia mendiami daerah Kerian dan kepakaran itu dilihat sebagai antara faktor luaran yang membantu orang ramai mengetahui tentang etnik berkenaan dengan lebih dekat.

Jamaludin berkata lebih separuh daripada etnik Banjar yang tinggal di Bagan Serai datangnya daripada susur galur suku Kalua yang banyak mendiami kawasan seperti di Tanjung Piandang, Selinsing, Parit Buntar dan Bagan Serai.

PERSAUDARA­AN

Bapa tujuh cahaya mata itu berkata ada juga kaum Banjar yang datangnya daripada subetnik Martapura, Barabai dan Alai dan setiap daripada subetnik ini juga mempunyai dialek yang berbeza-beza.

Mengulasme­ngenaiamal­an tradisi etnik berkenaan, anak jati kelahiran Bagan Serai itu menjelaska­n adat seperti ‘bapukong’ merupakan antara kaedah unik yang masih digunakan masyarakat Banjar untuk menidurkan bayi dalam lingkungan usia lima bulan hingga setahun.

“Bayi itu diletakkan di dalam buaian sarung dalam keadaan seolah-olah duduk dan satu kain lagi digunakan untuk melilit bahagian leher bayi itu agar dapat duduk dengan tegak. Dengan cara itu, bayi akan tidur nyenyak,” katanya.

Selain itu, bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gerdu itu berkata pada era 60-an hingga pertengaha­n 80-an, masyarakat Banjar amat mementingk­an hal-hal yang berkaitan dengan perkahwina­n iaitu ibu bapa biasanya memilih pasangan anak mereka daripada kalangan saudaramar­a terdekat.

“Tujuan mereka buat sebegini adalah untuk mengelakka­n harta dan wang ringgit yang menjadi milik

keluarga terlepas ke tangan orang luar,” katanya.

Bercerita tentang juadah tradisiona­l, Jamaludin berkata

antara yang cukup sinonim satu ketika dahulu dengan etnik Banjar ialah ‘ikan wadik’ dan ‘mandai’.

“Ikan wadik ini ialah sejenis pekasam yang boleh disimpan bertahun-tahun selain ada juadah yang dinamakan

mandai iaitu kulit cempedak dijerukkan terlebih dahulu sebelum dimakan,” katanya dan menambah kuih ‘kalatar’,

‘vadai kiping’ dan balungan ayam juga merupakan juadah tradisiona­l Banjar yang terkenal. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MASIH KUKUH: Keadaan Masjid Tinggi atau dikenali sebagai Masigit Lawas di Bagan Serai yang terletak di tepi jalan utama, Kampung Masjid Tinggi. Masjid Tinggi atau dikenali sebagai Masigit Lawas yang telah dibina di kawasan tersebut pada tahun 1897 menjadi sebahagian mercu tanda bagi masyarakat Banjar di sekitar Kerian.
— Gambar Bernama MASIH KUKUH: Keadaan Masjid Tinggi atau dikenali sebagai Masigit Lawas di Bagan Serai yang terletak di tepi jalan utama, Kampung Masjid Tinggi. Masjid Tinggi atau dikenali sebagai Masigit Lawas yang telah dibina di kawasan tersebut pada tahun 1897 menjadi sebahagian mercu tanda bagi masyarakat Banjar di sekitar Kerian.
 ?? — Gambar Bernama ?? LEGASI: Jamaludin menunjukka­n batik sasirangan kebiasaan yang digunakan oleh masyarakat Banjar untuk membuat‘laung’atau tanjak, topi, baju, dan beg tangan ketika ditemu ramah di kediamanny­a baru-baru ini.
— Gambar Bernama LEGASI: Jamaludin menunjukka­n batik sasirangan kebiasaan yang digunakan oleh masyarakat Banjar untuk membuat‘laung’atau tanjak, topi, baju, dan beg tangan ketika ditemu ramah di kediamanny­a baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? JEMAAH MASJID: Jamaludin (tengah) bersama jemaah masjid yang juga masyarakat Banjar selepas solat zuhur ketika ditemu ramah di kediamanny­a di Kampung Masjid Tinggi.
— Gambar Bernama JEMAAH MASJID: Jamaludin (tengah) bersama jemaah masjid yang juga masyarakat Banjar selepas solat zuhur ketika ditemu ramah di kediamanny­a di Kampung Masjid Tinggi.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEJARAH BANJAR: Jamaludin menunjukka­n hasil nukilan beliau, Sejarah Masyarakat Banjar, ketika ditemu ramah di kediamanny­a di Kampung Masjid Tinggi.
— Gambar Bernama SEJARAH BANJAR: Jamaludin menunjukka­n hasil nukilan beliau, Sejarah Masyarakat Banjar, ketika ditemu ramah di kediamanny­a di Kampung Masjid Tinggi.
 ?? ?? KUIH BALUNGAN HAYAM
KUIH BALUNGAN HAYAM
 ?? ?? KUIH KALAKATAR
KUIH KALAKATAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia