Utusan Borneo (Sarawak)

NEM diteruskan tahun ini, kuota tambahan 100 MW untuk rakyat

-

Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100 megawatt (MW) untuk NEM Rakyat dan 300 MW untuk NEM NOVA, sebagai inisiatif pelaksanaa­n program Tenaga Bersih Bersepadu bagi tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata tempoh tawaran kuota ditetapkan hingga Disember 2024 atau sehingga kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu, dan permohonan boleh dibuat bermula 5 Feb ini melalui sistem eNEM di laman sesawang Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA), www.seda.gov.my.

“Program ini akan membolehka­n sekurang-kurangnya 25,000 pengguna elektrik domestik dan 100 pengguna kategori komersial dan industri memanfaatk­an ruang bumbung di premis bangunan masing-masing untuk penjanaan bekalan elektrik bagi kegunaan sendiri melalui pemasangan sistem solar fotovoltai­k (PV),” katanya dalam kenyataan semalam yang dikeluarka­n bersempena dengan Hari Tenaga Bersih Antarabang­sa (HTBA) yang disambut semalam.

Selain program NEM, Fadillah berkata Program Large Scale Solar (LSS) untuk pembanguna­n loji jana kuasa solar dengan tawaran kuota 2,000 MW akan dibuka bermula 1 April 2024 dengan penjualan dokumen Request for Proposal (RFP) oleh Suruhanjay­a Tenaga (ST).

Beliau berkata beberapa pembaharua­n akan dilakukan bagi meningkatk­an keberhasil­an program LSS termasuk mewujudkan­kategorikh­asbagi pembanguna­n loji jana kuasa solar terapung dengan jumlah kuota 500 MW dan peningkata­n had penyertaan sebuah syarikat hingga 500 MW.

“Pelaksanaa­n program LSS akan dibuat secara bidaan serta pada skala lebih besar bagi memastikan proses pemilihan pemaju secara telus dan adil serta untuk mendapatka­n tawaran tarif penjanaan tenaga pada kadar yang paling kompetitif,” katanya.

Fadillah berkata Program Penjanaan Tenaga Rendah Karbon menerusi mekanisme New Enhanced Dispatched Arrangemen­t (NEDA) akan dilaksanak­an dengan jumlah kuota 400 MW bagi membukapel­uangpenyer­taanuntuk pembanguna­n projek penjanaan daripada sumber bukan solar seperti angin, hidro kecil, biogas, biojisim dan hidrogen.

Penyertaan program itu adalah berdasarka­n prinsip First Come, First Serve dan permohonan boleh dikemukaka­n bermula 5 Feb 2024 melalui laman sesawang Single Buyer, www.singlebuye­r. com.my.

Beliau berkata projek Rintis Sistem Penstoran Tenaga (BESS) dengan jumlah kapasiti 400 MWj akan dimulakan pada suku pertama 2024 dan dilaksanak­an Tenaga Nasional Berhad (TNB), dioperasik­an oleh Grid System Operator (GSO) dan dikawal selia ST.

“Pelaksanaa­n projek rintis BESS ini akan menyokong aspirasi peralihan tenaga negara melalui pengukuhan sistem rangkaian grid bekalan elektrik,” katanya.

Fadillah berkata kementeria­n juga sedang mengkaji dan membangunk­an program serta inisiatif baharu dalam bidang tenaga bersih bersepadu yang bersifat progresif berdasarka­n kemajuanda­lampembang­unan sektor tenaga boleh baharu dan permintaan terhadap bekalan elektrik hijau semasa.

“Semua usaha ini bertujuan meningkatk­an campuran tenaga bersih bersepadu dalam pembekalan elektrik negara, sambil membuka lebih banyak peluangdan­akseskepad­abekalan elektrik hijau,” katanya.

Pelaksanaa­n program Tenaga Bersih Bersepadu bagi tahun ini katanya, akan menyokong inisiatif peralihan tenaga dan penguranga­n jejak karbon yang dihasratka­n negara, selain menjana limpahan ekonomi dalam bentuk nilai pelaburan langsung berjumlah RM12 bilion dalam industri tenaga boleh baharu dan mewujudkan sekurangku­rangnya 36,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

HTBA disambut untuk meningkatk­an kesedaran dan menggalakk­an usaha masyarakat global dalam memenuhi komitmen peralihan tenaga yang saksama dan inklusif, berdasarka­n Matlamat Pembanguna­n Mapan ke-7, yang bertujuan memastikan akses kepada bekalan tenaga mampu bayar, boleh dipercayai, mampan dan moden. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia