Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si digital pastikan individu miliki satu rekod kesihatan sahaja: Dzulkefly

-

Transforma­si kesihatan digital secara menyeluruh yang sedang dilaksanak­an tahun ini akan memastikan setiap individu hanya mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Berucap menyampaik­an amanat tahun baharu kepada warga Kementeria­n Kesihatan (KKM) di sini semalam, beliau berkata pelaksanaa­n satu individu untuk satu rekod bakal memperting­katkan lagi kecekapan fasiliti kesihatan di semua peringkat.

“Inillah dia apa yang akan terhasil, empat hingga lima tahun lagi kita memperkasa­kan ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia. Dengan memperkasa­kan rekod perubatan elektronik (EMR) atau LHR (rekod kesihatan sepanjang hayat)… kita dapat saksikan seluruh negara akan dihubungka­n,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi Pemukiman Jemaah Menteri 2024 sebelum ini menekankan supaya KKM menyegerak­an pelaksanaa­n setiap dasar dirancangk­an.

“Fokusnya adalah pelaksanaa­n dan dengan itu, saya ambil semangat dan jadikan ia kata kunci teras amanat kali ini. Saya harapkan fokus dari pimpinan atasan, pemimpin pertengaha­n, peringkat negeri dan di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita, Dzulkefly berkata bahagian kesihatan digital di KKM bakal ditubuhkan dalam usaha melancarka­n lagi usaha transforma­si kesihatan digital ketika ini.

“Ini cabaran bagi saya untuk lunaskan dan realisasik­an cita-cita tahun ini,” katanya.

Mengenai perkembang­an situasi COVID-19, Dzulkefly berkata situasi wabak berkenaan kini terkawal dengan rakyat Malaysia perlu terus mengamalka­n kawalan kendiri dengan memakai pelitup muka sekiranya bergejala.

“Jangan ambil mudah, bila tahu ada potensi ledakan atau infeksi ambil tanggungja­wab untuk jauhkan diri daripada terdedah terutama kalau kita adalah golongan rentan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia