Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan kajian skim saraan penjawat awam, terpakai untuk ahli politik: PM

Ia akan dimuktamad­kan oleh Jemaah Menteri selepas mendengar pandangan pelbagai pihak

- Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang keputusan yang dibuat hasil daripada kajian membabitka­n skim saraan dalam kalangan penjawat awam turut terpakai kepada ahli-ahli politik di negara ini.

Anwar berkata beliau secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanap­un katanya, perkara berkenaan akan dimuktamad­kan oleh Jemaah Menteri selepas mendengar pandangan pelbagai pihak dan kajian mendalam melibatkan pelbagai aspek Perlembaga­an Persekutua­n.

“Bagi ahli politik, apa jua keputusan ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik.

“Kalau kita mula pada 1 Feb 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka perkara itu juga sama untuk semua pelantikan baharu (termasuk) ahli politik,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Pelita di sini semalam.

Kelmarin, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitka­n wakil rakyat jika negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmat­an awam.

Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan sepatutnya memikirkan untuk memansuhka­n pencen kepada kumpulan “orang politik” terlebih dahulu kerana kebanyakan mereka berkhidmat kira-kira lima tahun berbanding penjawat awam hingga 30 tahun.

Dalam pada itu, Anwar berkata mana-mana kerajaan akan sedar bahawa keadaan ekonomi tidak mungkin bertahan sekiranya tidak melakukan sesuatu membabitka­n persaraan.

“Jadi, dengar cadangan dikemukaka­n, bahas dahulu,

teliti, beri pandangan apa ubah suai yang kerajaan perlu lakukan, kemudian kita akan muktamadka­n,” katanya.

Anwar berkata banyak kekeliruan yang timbul berhubung isu ini dan menambah kenyataans­usulanakan­dibuatMent­eri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Selasa lepas, Jabatan Perkhidmat­an Awam dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Jan menyatakan suatu kaedah baharu bagi lantikan

tetap pegawai awam diperkenal­kan ke arah mengukuhka­n lagi sistem saraan perkhidmat­an awam di Malaysia.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam surat itu memaklumka­n susulan penetapan kaedah lantikan tetap baharu, Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkua­saan kaedah berkenaan, pengambila­n

pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanak­an secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dilapor berkata pengambila­n penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambila­n secara tetap tetapi tidak berpencen. — Bernama

“Bagi ahli politik, apa jua keputusan ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli ” politik. Daruk Seri Anwar Ibrahim

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJIWA RAKYAT: Anwar bersalaman bersama para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERJIWA RAKYAT: Anwar bersalaman bersama para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia