Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden tembakan di Mexico ragut nyawa empat polis

-

KOTA MEXICO: Empat anggota polis maut dalam insiden tembakan di daerah Guanajuato di tengah Mexico, korban nyawa terbaru di salah satu kawasan paling berbahaya di negara ini, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Serangan berlaku pada petang Rabu, ketika anggota polis tersebut sedang memandu melalui pekan Celaya.

Menurut media tempatan, dua orang dijangka sebagai warga awam turut terkorban dalam insiden itu, namun jumlah ini tidak disahkan oleh pihak berkuasa.

“Pada petang Rabu, empat anggota dari ibu pejabat polis perbandara­n maut selepas diserang oleh lelaki bersenjata di lebuh raya dari Celaya ke Salvatierr­a,” kata setiausaha keselamata­n perbandara­n dalam satu kenyataan.

Berikutan insiden tembakan itu, polis dan Pengawal Negara melancarka­n operasi untuk memburu suspek.

Guanajuato merupakan salah satu negeri paling kejam di Mexico, disebabkan kewujudan dan aktiviti kumpulan penjenayah – termasuk dua kartel dadah yang berebutkan laluan penyeludup­an.

Lebih 3,000 homisid direkodkan di sana pada 2023.

Menurut NGO Cause en Comun (Common Cause), Guanajuato merupakan sebuah daerah yang memiliki angka paling tinggi bagi pembunuhan polis pada 2023, dengan 60 maut.

Pada 17 Disember, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah parti Krismas yang dihadiri oleh golongan belia Mexico di Guanajuato, membunuh 11 orang.

Pada 4 Disember, lima pelajar perubatan ditemui mati dibunuh di Celaya.

Sejak kerajaan persekutua­n melancarka­n serangan tentera yang kontrovers­i terhadap dadah pada Disember 2006, lebih 420,000 orang terbunuh dalam kitaran keganasan yang berkaitan dengan perdaganga­n dadah, menurut jumlah rasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia