Utusan Borneo (Sarawak)

Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai empat gelaran: Klopp

-

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kelmarin menegaskan bahawa kini masih terlalu awal pada musim ini untuk bercakap mengenai satu lagi cubaan empat gelaran semusim oleh pasukannya selepas mereka mara ke final Piala Liga.

Kelab Liga Perdana itu mempunyai peluang untuk memenangi empat trofi dalam satu musim dua tahun lalu selepas menewaskan Chelsea - lawan mereka pada perlawanan akhir bulan depan - di Wembley.

Tetapi mereka terpaksa berpuas hati dengan dua kejuaraan dalam Piala domestik, selepas turut menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA, dengan The Reds kalah tipis dalam Liga Perdana oleh Manchester City pada hari terakhir musim tersebut dan tewas kepada Real Madrid dalam Liga JuaraJuara.

Liverpool bersaing dalam empat lagi gelaran musim ini, dengan anak buah Klopp berkelebih­an lima mata di puncak Liga Perdana dan ke pusingan 16 akhir Liga Europa dan bersiap sedia untuk perlawanan pusingan keempat Piala FA di laman sendiri menentang pasukan divisyen kedua, Norwich pada hujung minggu ini.

“Sejujurnya saya tidak memikirkan­nya kerana

kami masih jauh untuk menghadapi ‘empat perlawanan akhir’,” kata Klopp kelmarin, kurang 24 jam selepas kemenangan agregat 3-2 Liverpool ke atas Fulham pada separuh akhir Piala Liga.

“Kami telah layak untuk satu final. Kini masih tidak masuk akal untuk merancang yang seterusnya sebelum anda bermain yang terdahulu.”

Jurulatih Jerman itu menambah: “Kemungkina­n besar kami tidak akan mara ke ketiga-tiga perlawanan akhir, itulah hakikatnya.”

Sementara itu, Klopp cuba meredakan pertelingk­ahan kelab dengan negara yang melibatkan Liverpool dan pemain Mohamed Salah dari Mesir yang telah pulang ke England dari Piala Negara-Negara Afrika.

Penyerang itu telah kembali ke England untuk mendapatka­n rawatan akibat kecederaan hamstring dan Liverpool berharap ia peluang terbaik untuk pemain itu beraksi pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika, sekiranya Mesir terlibat dalam perlawanan di Abidjan pada 11 Februari.

Namun laporan menyatakan bahawa dengan Klopp memberikan kemas kini tentang kecergasan Salah, ia telah menimbulka­n kemarahan pihak berkuasa Mesir yang ingin membuat pengumuman itu sendiri.

Klopp menegaskan dia tidak “sengaja” bercakap dahulu, dengan kedua-dua Liverpool dan Mesir berminat untuk mendapatka­n Salah.

“Kebanyakan orang di Mesir memahami situasi itu kerana kami mempunyai sasaran yang sama seperti Mesir - menjadikan Mo cergas secepat mungkin,” tambahnya.

“Itu sahaja yang kami mahu dan begitulah keadaannya. Jika pemain cedera, kami cuba segala-galanya untuk membantuny­a cergas secepat mungkin.

“Semua pihak bersetuju bahawa ia lebih masuk akal dia menjalani pemulihan di sini. Kami ada baki musim untuk bermain jadi kami mahu dia cergas tetapi jika dia cergas lebih awal, maka selagi Mesir masih dalam kejohanan, dia akan kembali, itu jelas. Ia situasi menang-menang.”

 ?? ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia