Utusan Borneo (Sarawak)

Leclerc komited masa depannya bersama Ferrari

Pemandu itu telah menandatan­gani kontrak dengan pasukan F1 Itali itu sehingga ‘melepasi musim 2024’

-

MILAN: Charles Leclerc telah komited akan masa depannya kepada Ferrari kelmarin selepas menandatan­gani kontrak pembaharua­n dengan pasukan Formula Satu (F1) Itali.

Ferrari tidak menyatakan tempoh perjanjian baharu Leclerc, hanya mengatakan bahawa ia mengikatny­a “melepasi musim 2024” apabila kontraknya sekarang tamat.

Tetapi dalam kenyataan Itali mereka, Scuderia berkata bahawa Leclerc, yang menduduki tempat kelima musim lalu dan jauh di belakang juara dunia, Max Verstappen, akan kekal untuk “musim akan datang”.

“Saya sangat gembira mengetahui bahawa saya akan memakai sut perlumbaan Scuderia Ferrari untuk beberapa musim akan datang lagi. Untuk berlumba untuk pasukan ini ialah impian saya sejak saya berumur tiga tahun,” kata Leclerc dalam satu kenyataan.

“Impian saya kekal untuk memenangi kejuaraan dunia bersama Ferrari dan saya yakin pada tahun-tahun akan datang, kami akan menikmati masa yang hebat bersama dan menggembir­akan peminat kami.”

Leclerc, 26, telah memandu untuk pasukan F1 Ferrari sejak 2019, setahun selepas membuat penampilan sulung dalam kejuaraan perlumbaan utama bersama Sauber.

Tiga tahun sebelumnya, pelumba asal Monaco itu berada di Akademi Pemandu Ferrari sebelum memenangi

kejuaraan F2 pada 2017.

Sejak menyertai Scuderia, Leclerc telah memenangi lima Grand Prix, naik 30 podium dan bermula di petak pertama sebanyak 23 kali.

Tetapi dia gagal memberikan cabaran mantap untuk gelaran dunia apabila Verstappen dan Red Bull mendominas­i sukan itu daripada juara tujuh kali Lewis

Hamilton pada 2021.

Leclerc paling hampir menang pada 2022 apabila dia menduduki tempat kedua di belakang Verstappen.

Dia menamatkan musim itu dengan ketinggala­n 146 mata dan musim lalu jurangnya lebih besar, 369 mata yang memisahkan Leclerc daripada pelumba Belanda itu.

“Charles telah menjadi sebahagian daripada keluarga Ferrari selama lapan tahun sekarang, sejak zaman dahulu, sebelum dia mula-mula memakai lambang kuda pada sut perlumbaan­nya,” kata ketua pasukan Ferrari Fred Vasseur.

“Kami berazam untuk memberikan Charles sebuah kereta pemenang dan saya

tahu bahawa kesungguha­n dan komitmenny­a merupakan elemen yang boleh membuat perbezaan dalam membantu kami mencapai matlamat kami.”

Musim F1 akan datang bermula pada 2 Mac di Bahrain.

Setiap daripada 10 pasukan yang memasuki kejuaraan edisi ke-75 ini mempunyai gandingan pemandu yang sama seperti musim lalu, yang majoritiny­a mempunyai kontrak yang akan tamat hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Ferrari akan mendedahka­n pada 13 Februari kereta 2024 yang akan dipandu oleh Leclerc dan pasanganny­a Carlos Sainz, yang kontraknya tamat pada penghujung musim.

Ferrari masih belum membuat pengumuman mengenai sebarang lanjutan kontrak untuk Sainz, yang tidak mempunyai kestabilan jangka panjang yang sama seperti yang diberikan kepada Leclerc.

“Saya sangat gembira mengetahui bahawa saya akan memakai sut perlumbaan Scuderia Ferrari untuk beberapa musim akan datang lagi. Untuk berlumba untuk pasukan ini ialah impian saya sejak saya berumur tiga ” tahun. Charles Leclerc Pemandu pasukan Ferrari

 ?? — Gambar AFP ?? KOMITED: Gambar fail bertarikh 23 Mei 2021 ini menunjukka­n Leclerc meraikan kejayaanny­a di atas podium selepas dengan memenangi tempat kedua pada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Monaco.
— Gambar AFP KOMITED: Gambar fail bertarikh 23 Mei 2021 ini menunjukka­n Leclerc meraikan kejayaanny­a di atas podium selepas dengan memenangi tempat kedua pada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Monaco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia