Utusan Borneo (Sarawak)

Postecoglo­u tidak terganggu dengan skandal melibatkan Lewis

- — AFP

LONDON: Jurulatih Tottenham, Ange Postecoglo­u menegaskan dia tidak akan terganggu dengan penglibata­n bekas pemilik kelab, Joe Lewis dalam skandal perdaganga­n orang dalam.

Jutawan Britain Lewis mengaku bersalah melakukan perdaganga­n orang dalam di mahkamah persekutua­n Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

Lelaki berusia 86 tahun itu dituduh memberikan maklumat orang dalam kepada pekerja antara 2013 dan 2021 dalam skim yang dikatakan mengaut berjuta-juta dolar.

Lewis mengaku bersalah atas satu pertuduhan bersubahat untuk melakukan penipuan sekuriti, yang berpotensi membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, dan dua pertuduhan penipuan sekuriti, yang masing-masing berpotensi membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.

Hukumannya akan dijatuhkan pada tarikh yang belum diumumkan.

Lewis membeli saham kawalan dalam Tottenham pada 2001, tetapi pada 2022 melepaskan kawalan kelab itu dan secara rasmi menyerahka­n sahamnya kepada amanah keluarga.

Dia tidak mempunyai penglibata­n harian dengan kelab itu dan, ditanya mengenai Lewis menjelang perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Manchester City hujung minggu ini, Postecoglo­u bertegas bahawa kes itu tidak akan mengganggu­nya.

“Itu seperti tujuh galaksi di luar alam semesta saya, dan itulah kebenarann­ya,” kata warga Australia itu kepada pemberita.

“Saya rasa kelab itu mengeluark­an kenyataan (pada Julai lepas) dan jika kenyataan itu tidak memuaskan hati anda, maka saya bukan orang yang boleh ditanya soalan susulan kerana topik itu tidak berada dalam radar saya.

“Ada perkara yang kita boleh gunakan sebagai gangguan tetapi ini bukan sebahagian daripada tugas saya di sini dan apa yang perlu saya lakukan.”

Lewis mempunyai nilai bersih lebih daripada 5 bilion pound menurut Senarai Kaya Sunday Times 2023.

Pada Julai, jurucakap Tottenham berkata: “Ini merupakan hal undang-undang yang tidak berkaitan dengan kelab dan oleh itu kami tidak mempunyai sebarang komen.”

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia