Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak terubat dengan kejayaan

Malaysia tetap berasa kekecewaan gagal layak ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Asia 2023

-

DOHA: Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim berkata kekecewaan gagal layak ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Asia 2023 di sini tidak terubat dengan kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 malam kelmarin.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali Faisal Halim berkata walaupun pasukan gembira dengan keputusan berdepan juara dua kali itu di sebalik jurang besar dalam ranking dunia, namun mereka masih tidak dapat menerima dua kekalahan terdahulu.

“Kami tahu tak layak ke pusingan seterusnya, walaupun gembira dengan keputusan malam ini tetapi pemainpema­in tetap tak menerima kekalahan dalam dua aksi sebelum ini.

“Kami akan cuba bangkit untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 (dan) sekurang-kurangnya dapat belajar daripada keputusan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub di sini malam kelmarin.

Mengulas mengenai per- lawanan itu, beliau yang menjaringk­an gol pertama Malaysia berkata pasukan menyedari betapa sukar untuk mencuri mata.

Bagaimanap­un, katanya pendekatan diterapkan ketua jurulatih Kim Pan Gon dan kerja keras para pemain sehingga penghujung permainan merupakan elemen terpenting dalam kejayaan menghalang Korea Selatan daripada kemenangan.

“Kami memberikan seg

Pemain sayap skuad Harimau Malaya

alanya, berlari mengejar bola tidak berhenti tetapi memang sukar lawan Korea Selatan, kita tutup ruang di sini mereka main di sebelah sana.

Pada aksi tersebut, pemain tengah Jeong Woo-yeong membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama sebelum Malaysia bangkit mendahului perlawanan selepas 17 minit separuh masa kedua bersambung menerusi gol Mohamad Faisal dan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.

Namun, Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika berbaki 10 minit masa permainan sebenar hasil gol

sendiri penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sebelum mendahului 3-2 menerusi penalti pemain bintang Tottenham Hotspur Son Heungmin pada masa tambahan.

Pemain gantian yang juga pemain naturalisa­si Romel Morales muncul wira apabila menyumbat gol ketiga pasukan negara pada masa tambahan yang memasuki 15 minit untuk menghadiah­kan satu mata kepada Malaysia

pada kempen kali ini.

Hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E masingmasi­ng tumpas 0-4 di tangan Jordan.

Manakala tumpas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua dan seri 3-3 dengan Korea Selatan sekali gus menduduki tempat terakhir dengan satu mata. — Bernama

Kami akan cuba bangkit untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 (dan) sekurang-kurangnya dapat belajar ” daripada keputusan ini. Mohamad Faisal Abdul Halim

 ?? — Gambar Bernama ?? ASAKAN: Pemain Malaysia Akhyar Rashid melakukan asakan terhadap pertahanan Korea Selatan pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, kelmarin.
— Gambar Bernama ASAKAN: Pemain Malaysia Akhyar Rashid melakukan asakan terhadap pertahanan Korea Selatan pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia