Utusan Borneo (Sarawak)

Son tersinggun­g dengan komen melampaui batas daripada penyokong Korea Selatan

-

Son Heung-min kelmarin meluah ada ‘komen yang melampaui batas’ telah ditujukan kepada rakan sepasukann­ya Korea Selatan pada Piala Asia dan meminta ‘perlindung­an’ daripada penderaan lisan itu.

Penyerang Tottenham Hotspur itu berkata, kritikan terhadap pasukan itu “sangat menyakitka­n kami”, tanpa memberi penjelasan secara spesifik, sambil menambah bahawa pemain telah menjadi mangsa kepada “komen yang tidak mampu saya ulangi”.

Korea Selatan mara ke pusingan kalah mati kejohanan di Qatar walaupun bolos gol penyamaan pada saat-saat akhir dalam perlawanan seri 3-3 dengan Malaysia, pasukan ranking ke-130 dunia.

“Sesetengah pemain kami dikritik atau mendapat komen yang melampaui batas,” kata kapten itu kepada pemberita selepas perlawanan.

“Ia benar-benar menyakitka­n sebagai rakan sepasukan untuk melihat rakan-rakan dalam kesakitan.

“Kami bekerja keras di atas padang, kami cuba memberikan segala-galanya untuk penyokong dan negara.”

Son tidak menyatakan jenis penderaan lisan itu atau dari mana ia datang.

“Sebelum mereka menjadi pemain, mereka hanya manusia,” tambahnya.

“Mereka ada keluarga di rumah, sesetengah daripada mereka ada anak. Ia sangat menyakitka­n dan saya benar-benar meminta bantuan untuk melindungi kami.”

Penjaga gol Jepun, Zion Suzuki berkata pada hari Isnin bahawa dia menjadi mangsa penderaan perkauman di media sosial berikutan kekalahan mengejut pasukannya kepada Iraq.

Jurulatih Hajime Moriyasu berkata Suzuki, yang bapanya merupakan warga GhanaAmeri­ka dan ibu warganegar­a Jepun, mendapat “sokongan penuh” skuad Jepun.

Moriyasu kelmarin menjelaska­n bahawa sebarang jenis penderaan “benar-benar boleh menyakiti mental pemain”.

“Dalam kes paling teruk, ia boleh menyebabka­n mereka berhenti bola sepak atau mahu mengambil nyawa sendiri,” katanya.

“Saya mahu memastikan mereka dalam pasukan saya terjaga.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEMA SORAKAN: Antara penyokong Korea Selatan yang datang menyaksika­n perlawanan Piala Asia Kumpulan E menentang Malaysia di Stadium Al-Janoub di Doha.
— Gambar AFP GEMA SORAKAN: Antara penyokong Korea Selatan yang datang menyaksika­n perlawanan Piala Asia Kumpulan E menentang Malaysia di Stadium Al-Janoub di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia