Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin ini

-

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta.

Daim berkata Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapan beliau semalam.

“Semalam pegawai SPRM telah merakam kenyataan daripada saya. Peguam saya telah dimaklumka­n bahawa saya akan didakwa pada hari Isnin (29 Januari) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang merupakan kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Daim, beliau bersedia menghadapi prosiding mahkamah.

Sementara itu, Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Daim ketika dihubungi Bernama mengesahka­n perkara itu.

Pada Rabu, SPRM mengesahka­n telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhk­an atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri

Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara sejak minggu lepas.

“Saya mengesahka­n kami terima kelulusan untuk mendakwa Daim seminggu lalu namun apabila pegawai kami memaklumka­n perkara itu kepada peguamnya, mereka memberitah­u beliau dimasukkan ke sebuah hospital swasta,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata semakan mendapati Daim, yang menyandang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 telah dimasukkan ke hospital lebih awal sebelum pihaknya mendapat kelulusan untuk mendakwa namun mereka tidak dimaklumka­n mengenai alasan bekas menteri kanan itu menerima rawatan di hospital.

Sementara itu isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Jan lepas atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum ini Nai’mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

SPRM turut menjelaska­n bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora iaitu pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaru­h dunia yang menyembuny­ikan kekayaan dengan menggunaka­n perkhidmat­an luar pesisir atau syarikat berpangkal­an di luar negara.

Menurut SPRM kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia