Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi dan isteri selamat tiba di LTAK

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang menaiki pesawat khas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini pada jam 11 pagi semalam.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ketibaan beliau disambut meriah oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalanti­mbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selain Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta dif-dif kehormat yang lain.

Sebaik tiba, Tun Wan Junaidi bersama rombongann­ya terus menuju ke Tanah Perkuburan Islam Samariang bagi menziarahi pusara Allahyarha­mah isteri beliau Datin Seri Feona Sim.

Seterusnya beliau ke Masjid Jamek Kuching bagi menunaikan Solat Fardu Zohor yang disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr. Abdul Rahman

Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.

Pada Jumaat, Tun Wan Junaidi menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.

Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h serta isteri Tun Wan Junaidi Toh Puan Fauziah.

Sebaik menerima watikah, beliau turut dianugerah­kan anugerah tertinggi negara, Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Tun Wan Junaidi yang merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa pada 26 Januari 2024 bagi menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau akan mengangkat sumpah dalam Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Yang diPertua Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin depan.

 ?? — Gambar Penerangan ?? KETIBAAN: Tun Wan Junaidi disambut di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam.
— Gambar Penerangan KETIBAAN: Tun Wan Junaidi disambut di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia