Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat utara Sarawak gembira, bersyukur pelantikan Tun Wan Junaidi sebagai TYT

-

Rakyat di utara Sarawak melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata pelantikan itu amat tepat berdasarka­n pengalaman luas dimiliki Tun Wan Junaidi dalam bidang politik.

“Saya ingin mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Gabenor Sarawak kelapan.

“Saya percaya Tun sangat berpengala­man apabila mulamula berkhidmat sebagai anggota polis dengan latar belakang pengamal undangunda­ng dan menyandang jawatan politik, Ahli Parlimen, kemudian menjadi timbalan menteri persekutua­n seter

usnya menteri persekutua­n dan terakhir sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan menerima watikah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik sebagai Gabenor Sarawak kelapan,”

katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Empat di sini semalam.

Turut hadir Wali Kota Majlis

Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Timbalan Pegawai Daerah Hamidah Halpi.

Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembaga­an Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Wan Junaidi menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak Mac 2014. Dr Abdul Rahman berkata, pelantikan itu juga membawa Sarawak terus maju ke hadapan menuju negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Saya yakin dengan kepimpinan Tun Wan Junaidi, Sarawak lebih bertambah maju dan makmur dan bersama membantu kepimpinan Premier Sarawak membawa Sarawak maju ke era cemerlang menjadi wilayah berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Sekali lagi kami masyarakat Limbang keseluruha­nnya amat berbesar hati dan bersyukur atas pelantikan Tun Wan Junaidi sebagai Gabenor Sarawak kelapan,” katanya.

 ?? ?? RASMI: Dr Abdul Rahman (kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian disaksikan Sufian (kanan), Hamidah (dua kanan) dan tetamu lain.
RASMI: Dr Abdul Rahman (kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian disaksikan Sufian (kanan), Hamidah (dua kanan) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia