Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman luas Tun Wan Junaidi akan beri kelebihan, jadi aset penting Sarawak

-

Pengalaman luas dimiliki Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan memberi kelebihan dan seterusnya menjadi aset penting buat Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, beliau (Tun Wan Junaidi) sudah begitu lama menyumbang kepada Sarawak dan Malaysia secara keseluruha­nnya.

“Bermula dari latar belakang sebagai anggota polis, kemudianny­a menjadi peguam, Ahli Parlimen dan menteri persekutua­n.

“Akhir sekali menjadi Timbalan Speaker dan Speaker Dewan Negara, bermakna pengalaman beliau begitu meluas.

“Dengan latar belakang

pengalaman­nya itu, saya yakin (hal) ini akan menjadi aset buat negeri Sarawak dengan Tun Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Gelanggang AlQamar Marapatu dan Pengisytih­aran

Pemakaian Tanjak Serinding Awan Pertubuhan Seni Silat Sendeng Sarawak (PSSSS) di sini, semalam.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, Tun Wan Junaidi juga terlibat dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan turut menulis banyak buku.

“Malah beliau juga telah menjelajah seluruh Sarawak dan sudah pasti membolehka­nnnya mengetahui apa keperluan Sarawak.

“Sekali gus dapat mengukuhka­n lagi hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutua­n,” katanya.

Sehubungan itu, Fadillah merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah

Riayatuddi­n Al-Mustafa Billah Shah kerana melantik Tun Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Ditanya mengenai penamatan awal tempoh perkhidmat­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri ketujuh, Fadillah berkata, ia adalah di bawah bidang kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

“Itu saya tak nak komen, memang sudah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Tempoh perkhidmat­an Tun Taib sebagai Yang diPertua Negeri Sarawak akan tamat pada 28 Februari depan dan beliau telah memegang jawatan tersebut selama 10 tahun.

 ?? ?? REAKSI: Fadillah ketika ditemui media semalam.
REAKSI: Fadillah ketika ditemui media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia