Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi akan bawa Sarawak melangkah lebih jauh: YDP PVATM

-

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sarawak Jimbau Galau mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan­nya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa kelmarin.

Dalam kenyataann­ya, Jimbau menyampaik­an penghargaa­n dan kesyukuran kepada Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantik anak Sarawak ke jawatan tertinggi negeri Sarawak.

Jimbau turut menyatakan keyakinan bahawa pengalaman Tun Wan Junaidi akan membawa Sarawak melangkah lebih jauh.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Sarawak memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha membangunk­an Sarawak ke sebuah negeri maju.

“Mari kita bersama-sama menyatakan komitmen membangun keharmonia­n dan kecemerlan­gan negeri ini di bawah pimpinan Tun Wan Junaidi sebagai TYT yang baharu,” katanya.

Jimbau yang juga Timbalan 1 Jawatankua­sa Bertindak Bekas Polis dan PVATM

Sarawak turut menyeru semua pihak agar terus bersatu demi mencapai matlamat bersama dalam memaju dan memperkuku­hkan kehidupan rakyat di negeri ini.

“Saya berharap agar amanah baharu ini akan membawa kejayaan dan kemajuan yang berkekalan kepada negeri serta rakyat yang diwakiliny­a,” katanya.

Tun Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai TYT Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembaga­an Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari hingga 26 Januari 2028.

Pelantikan beliau adalah menggantik­an Tun Pehin sri Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

 ?? ?? JIMBAU
JIMBAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia