Utusan Borneo (Sarawak)

TYT berpotensi beri sumbangan besar kepada Sarawak

Premier alukan pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pengalaman luas Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam pentadbira­n kerajaan persekutua­n dan negeri berpotensi memberi sumbangan besar kepada pembanguna­n Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenaan melantik Tun Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

“Sudah tentu dengan pengalaman beliau (Tun Wan Junaidi), beliau boleh memberi sumbangan kepada kita

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

di Sarawak.

“Disebabkan pengalaman­nya di peringkat persekutua­n dan negeri, ia amat bermakna (sumbangan) kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Kelima SABERKAS di sini, malam kelmarin.

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa kelmarin bagi menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dalam

Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur kelmarin.

Sebagai mengiktira­f peranan baharunya, Wan Junaidi segera dianugerah­kan dengan anugerah tertinggi negara, Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Sudah tentu dengan pengalaman beliau (Tun Wan Junaidi), beliau boleh memberi sumbangan kepada kita di Sarawak.

 ?? ?? TIBA: Abang Johari ditemani tetamu kehormat lain hadir pada majlis makan malam sempena sambutan Jubli Emas Kelima SABERKAS di sebuah hotel di Kuching, malam kelmarin.
TIBA: Abang Johari ditemani tetamu kehormat lain hadir pada majlis makan malam sempena sambutan Jubli Emas Kelima SABERKAS di sebuah hotel di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia