Utusan Borneo (Sarawak)

JKR perlu memantau kontraktor gagal laksana projek naik taraf jalan pesisir

-

Kontraktor yang gagal melaksanak­an projek menaik taraf jalan pesisir dari Jambatan Balingian ke Kuala Balingian mengikut jadual perlu dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana supaya pembinaan jalan tersebut dapat disiapkan dengan segera.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo berkata, projek tersebut antara tiga pakej projek jalan pesisir di kawasan Balingian yang mengalami kelewatan hampir 30 peratus.

Katanya, jalan tersebut perlu disiapkan segera sebelum penganjura­n Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 pada Ogos nanti bagi memudahkan pergerakan semua atlet dari Bintulu ke Mukah memandangk­an Mukah antara bahagian yang turut menjadi tuan rumah untuk tiga acara sukan dalam SUKMA.

“Sekiranya jalan ini lewat disiapkan, maka sukar untuk atlet SUKMA melalui jalan ini (yang mengalami kerosakan),” katanya selepas melakukan lawatan kerja rasmi meninjau keadaan jalan pesisir di Kuala Balingian pada Selasa.

Tegasnya, JKR perlu mengambil tindakan tegas untuk

memastikan kontraktor yang dipertangg­ungjawabka­n dapat menyiapkan projek ini mengikut sasaran jadual asal.

Pada masa sama katanya, JKR perlu meminta kontraktor menyediaka­n ‘catch up plan’ yang realistik yang dapat dipenuhi namun sekiranya masih gagal, JKR perlu memulakan ‘terminatio­n review’ untuk memastikan sama ada kontraktor tersebut mampu atau tidak meneruskan projek berkenaan.

Jelasnya, dua projek lagi di Balingian iaitu naik taraf jalan dari Kuala Balingian ke Kuala Serupai dan naik taraf bulatan di Balingian, pembinaann­ya

berjaya mendahului jadual.

Beliau amat optimistik kontraktor akan dapat menyiapkan­nya dalam masa terdekat pada tahun ini mengikut jadual atau mendahului jadual yang ditetapkan.

Jalan tersebut juga merupakan jalan pesisir utama bagi penduduk atau pengguna jalan raya dari bahagian Bintulu untuk ke Balingian dan ke bahagian Mukah memandangk­an laluan itu memberikan kemudahan terbaik dalam memendek perjalanan dan menjimatka­n masa antara destinasi dua bahagian itu.

UKAS dalam laporannya menyatakan terdapat 23 pakej

menaik taraf jalan telah dibuat dan telah bermula beberapa tahun lepas untuk kesemua jalan pesisir yang dilaksanak­an Kerajaan Sarawak meliputi bahagian Kuching hingga ke Miri.

Jelasnya, bahagian Mukah merupakan pakej jalan pesisir yang paling panjang melibatkan lapan pakej naik taraf termasuk tiga di kawasan Balingian.

Lawatan kerja rasmi tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, pegawai-pegawai JKR serta beberapa agensi berkaitan termasuk kontraktor.

 ?? — Gambar Facebook N58 Balingian ?? TURUN PADANG: Aidel (kanan) memperkata sesuatu kepada seorang pegawai semasa meninjau keadaan pembinaan jalan pesisir ke Kuala Balingian.
— Gambar Facebook N58 Balingian TURUN PADANG: Aidel (kanan) memperkata sesuatu kepada seorang pegawai semasa meninjau keadaan pembinaan jalan pesisir ke Kuala Balingian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia