Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dapat peruntukan laksana program SBST

Kementeria­n Pengangkut­an sedia peruntukan bagi program SBST di Kuching yang dijangka beroperasi tahun ini

-

KUCHING: Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT) telah menyediaka­n peruntukan kepada Sarawak bagi program Transforma­si Perkhidmat­an Bas HentiHenti (SBST) di Kuching yang dijangka beroperasi tahun ini.

Objektif utama program SBST adalah untuk meningkatk­an penggunaan dan perkhidmat­an bas awam dan mengurangk­an kesesakan jalan raya khususnya di bandar.

Perkara itu dimaklumka­n selepas pertemuan dan perbincang­an antara Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Menteri Pengangkut­an Malaysia Anthony Loke pada 23 Januari lepas.

Hasil perbincang­an tersebut kedua-duanya bersetuju dengan perkara berkaitan pelaksanaa­n program dan projek pembanguna­n khususnya sektor pengangkut­an di Sarawak.

“Objektif utama program SBST adalah untuk meningkatk­an penggunaan dan perkhidmat­an bas awam dan mengurangk­an kesesakan jalan raya khususnya di bandar.

“Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia telah menyediaka­n peruntukan untuk SBST di Kuching dan tender

Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak

akan dibuka kepada syarikatsy­arikat bas tempatan yang beroperasi di Sarawak.

“Program ini akan dikawal selia oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak dan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak,” menurut kenyataan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak semalam.

Sementara itu Lee dalam

pertemuan itu meminta supaya Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia membantu mempercepa­tkan kelulusan pembukaan laluan terus baharu bagi perkhidmat­an bas ekspres merentasi sempadan.

Katanya ia termasuk yang menghubung­kan Kuching, Sarawak dan Singkawang, Indonesia melalui ICQS Biawak, Lundu, Sarawak.

“Pada masa ini, perkhidmat­an bas Kuching-Singkawang dilakukan secara ‘transfer’ di mana penumpang perlu berhenti dan menukar bas di sempadan sebelum meneruskan perjalanan.

“Saya berharap laluan ini boleh mendapat kelulusan secepat mungkin dan dapat dilaksanak­an secara terus sama seperti laluan Kuching

ke Pontianak,” katanya.

Beliau juga menyentuh tentang keperluan pembukaan semula laluan udara/penerbanga­n antara Kuching dan Pontianak.

Katanya ia penting untuk meningkatk­an industri pelanconga­n, sektor perkhidmat­an dan perdaganga­n antara kedua-dua wilayah selaras dengan pembanguna­n kawasan BIMP-EAGA.

Sementara itu, kedua-dua menteri juga bersetuju tentang kerjasama dan interaksi di kalangan pegawai kementeria­n dan negeri dipertingk­atkan.

Ia agar program pembanguna­n yang dirancang dan diluluskan di peringkat persekutua­n berjalan dengan lancar dan isu-isu semasa yang dibangkitk­an oleh rakyat dapat diselesaik­an dengan cepat.

Lee pada masa yang sama mengalu-alukan Kajian Kemungkina­n Kereta Api Trans Borneo (Sarawak - Sabah) yang akan dilaksanak­an pada tahun ini.

Sementara itu Loke juga memaklumka­n bahawa projek naik taraf Lapangan Terbang

Antarabang­sa Kuching dan Lapangan Terbang Miri akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2025 yang dibentangk­an pada akhir tahun ini.

“Manakala perkara yang berkaitan hasil kutipan jalan (road tax) dan sistem parkir perlu dibincang secara terperinci kerana melibatkan perundanga­n dan peraturan semasa,” katanya.

Hadir sama pada perbincang­an Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia Dato Jana Santhiran Muniayan, Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Dr Jerip Susil dan yang lain.

 ?? ?? SIMBOLIK: Lee (lima kiri) bertukar dokumen sebagai simbolik selepas pertemuan pada 23 Januari lepas sambil disaksikan yang lain.
SIMBOLIK: Lee (lima kiri) bertukar dokumen sebagai simbolik selepas pertemuan pada 23 Januari lepas sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia