Utusan Borneo (Sarawak)

Penyiapan projek air Pakej 2A tambah baik bekalan air Asajaya, Sadong Jaya

-

Penyiapan sepenuhnya projek air Pakej 2A di Asajaya yang bernilai RM185 juta akan menambah baik sistem bekalan air di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya.

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penyiapan projek itu juga membantu penduduk yang sebelum ini kerap kali mengalami kekurangan bekalan air dan tekanan air rendah pada waktu puncak di kawasan sekitar daerah Asajaya dan Sadong Jaya.

“Pakej 2A adalah salah satu daripada pakej yang dilaksanak­an di bahagian Samarahan oleh Kerajaan Sarawak mengguna bajet Sarawak sendiri.

“Skop pakej 2A ini merangkumi pembinaan sembilan Tangki Aras Tinggi di Tambirat, Moyan Laut, Asajaya, Sadong Jaya,Semera dan Sungai Buloh.

“Selain itu juga merangkumi pembinaan tiga Stesen Pam Penggalak di Tambirat, Asajaya dan Sungai Buloh dan pemasangan saluran paip baharu sepanjang 42.2 km,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan Facebookny­a selepas mengadakan lawatan kerja ke projek berkenaan di Asajaya pada Jumaat.

Tambah Julaihi, seramai lebih kurang 84,000 penduduk di kawasan Asajaya, Sadong Jaya dan terus ke Sebangan, Sebuyau dan Simunjan (dua lagi pakej yang berasingan) mendapat faedah dan menfaat daripada siapnya pakej ini.

Katanya sumber air adalah disalurkan dari Loji Rawatan

Air Batu Kitang di Kuching.

“Pelaksanaa­n projek air ini adalah bukti kesungguha­n kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak yang terus berusaha membekal air terawat dan bersih ke seluruh kawasan di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar.

“Usaha ini masih dilaksanak­an secara berterusan sehingga liputan penuh bekalan air dapat dicapai,” katanya.

Hadir sama dan turut memberi taklimat Pengarah JBALB baharu Awang Mohd Fadillah Awang Reduan, Jurutera Air Bahagian Samarahan Adzahari, Pengarah Air Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi George Lee dan Temenggung Bahagian Samarahan Chek Bujang serta warga Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Samarahan dan ketua masyarakat serta ketua kaum bahagian Samarahan.

 ?? Narawi — Gambar sumber Facebook Julaihi ?? LAWATAN:
Julaihi semasa mengadakan lawatan ke projek air di Asajaya.
Narawi — Gambar sumber Facebook Julaihi LAWATAN: Julaihi semasa mengadakan lawatan ke projek air di Asajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia