Utusan Borneo (Sarawak)

SJKC Kiang Hin dipuji kerana prinsip pendidikan ‘tanpa mengira bangsa’

-

Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin dipuji kerana memegang prinsip pendidikan ‘tanpa mengira bangsa’.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata meskipun SJKC Kiang Hin adalah sekolah Cina tetapi mereka turut mempunyai murid pelbagai kaum dan latar belakang.

Oleh itu katanya, setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) pihak sekolah tidak pernah lupa meraikanny­a bersama dalam suasana cukup harmoni.

“Walaupun TBC dirayakan masyarakat Cina, kita boleh mengambil kesempatan ini menjemput rakanrakan kaum lain menyertain­ya dan memahami makna di sebaliknya termasuk tarian naga, membakar mercun, pantang larang semasa tahun baharu dan pantun-pantun nasihat.

“Terutamany­a ketika melihat wakil-wakil daripada pelbagai kaum menghulurk­an ucapan selamat, ini adalah pemandanga­n penuh kasih sayang dan empati.

“Kita semua adalah rakyat Sarawak dan seharusnya saling memberi ucapan selamat pada perayaan ini tanpa mengira perbezaan,” katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan wakilnya Andrew Lau pada Majlis Makam Malam Tahun Baharu SJKC Kiang Hin di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu (PPD) Ahli Chikba menganggap SJKC Kiang Hin sebagai sekolah angkat kerana sering menerima jemputan daripada pihak sekolah pelbagai program dan aktiviti dijalankan sekolah itu.

Beliau berkata, SJKC Kiang Hin diyakini mampu melahirkan ramai murid cemerlang di bawah pengurusan lembaga pengurusan sekolah sedia ada.

“Terima kasih kepada lembaga pengurusan sekolah kerana banyak berusaha membantu sekolah dan anakanak mencapai kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan pembentuka­n sahsiah sesuai dengan karamah insaniah dalam konteks Malaysia Madani,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Kiang Hin Kapitan So Teck Kee, Penolong Pegawai Tadbir Peperiksaa­n PPD Sibu, Pengetua SJKC Kiang Hin, Ling Ing Kiong dan yang lain.

 ?? ?? RAI BERSAMA: Lau (tujuh kiri), So (enam kiri), Ahli (lima kanan) dan yang lain meraikan majlis tersebut malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Lau (tujuh kiri), So (enam kiri), Ahli (lima kanan) dan yang lain meraikan majlis tersebut malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia