Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak harus berbangga sebagai Anak Sarawak: Ting

-

Rakyat Sarawak seharusnya berbangga menggelark­an diri mereka sebagai Anak Sarawak, kerana banyak keunikan di wilayah ini lebih baik daripada bahagian lain di negara ini.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting berkata keamanan dan keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama serta kerajaan stabil yang memperkena­lkan banyak dasar baik, mendatangk­an hasil pendapatan tinggi.

“Malah, anak-anak kita tidak lama lagi mendapat pendidikan percuma (pendidikan tinggi) dalam masa dua tahun lagi dan banyak faedah lain.

“Ini menunjukka­n Sarawak adalah wilayah yang sangat baik didiami,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jamuan Tahun Baharu Cina (TBC) Persatuan Cina Sarawak di sini malam kelmarin.

Selain itu, ketika Kerajaan Sarawak berusaha memulihkan hak Sarawak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau berkata ia memerlukan masa dan sokongan daripada rakyat untuk mencapainy­a.

“Sementara kita melakukan yang berbaik terhadap tanggungja­wab kita, sokongan padu daripada rakyat juga amat perlu.

“Musim perayaan seperti TBC adalah cara terbaik untuk kita menghayati semangat kebaikan dan perpaduan tidak kira apa bangsa dan agama.

“Apa penting adalah hormat menghormat­i dan berbaik-baik antara satu sama lain,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Cina Sarawak Ting Pang Soon berkata majlis makan malam itu merupakan lambang keharmonia­n kaum di Sarawak kerana terdapat wakil daripada lebih 20 persatuan pelbagai latar belakang menghadiri majlis tersebut.

“Antaranya adalah Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak, Persatuan Kayan

Sarawak, Persatuan Berawan Sarawak, Persatuan Bisaya Sarawak, Persatuan Lakiput Sarawak, Rurum Lun Bawang Sarawak, Persatuan Pembanguna­n Tipun Penan Sarawak, Rurum Kelabit Sarawak dan Persatuan Masyarakat Saban Miri Sarawak.

“Selain itu, terdapat juga Persekutua­n Orang Ulu Sarawak Malaysia, Persatuan India Miri, Persatuan Sikh Miri, Persatuan Dayak Miri, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Kedayan Miri, Persatuan Melanau Miri, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh Cawangan Miri, Persatuan Jatti Miriek Miri dan Persatuan Punjabi Miri.

“Kehadiran setiap orang berbeza latar belakang, di satu tempat meraikan musim perayaan adalah sangat berharga dan bermanfaat kepada pembanguna­n negara,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man, penasihat tetap persatuan itu yang juga tetamu khas, Datuk James Ling dan pengerusi penganjur Siew Teck Hui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia