Utusan Borneo (Sarawak)

Komited lahir modal insan sesuai keperluan negeri

Kemajuan pendidikan sebahagian daripada elemen penting pemantapan kuasa ekonomi, pembanguna­n lain

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited ke arah melahirkan modal insan disesuaika­n dengan keperluan negeri dan bertaraf global, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurut beliau, kemajuan dan pembanguna­n bidang pendidikan merupakan sebahagian daripada elemen penting pemantapan kuasa ekonomi serta sektor pembanguna­n lain.

“Mempunyai sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Oleh itu, saya sarankan anak-anak muda di negeri ini turut memainkan peranan mereka dengan mempersiap­kan diri mereka bagi membantu merealisas­ikan matlamat Kerajaan Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Seni Malaysia Sarawak Ke-13 2023 di Auditorium Toh Puan Norkiah Sekolah Seni Malaysia di sini, semalam.

Seramai 53 graduan tingkatan lima Sekolah Seni Malaysia Sarawak menerima pengiktira­fan pada majlis graduasi tersebut.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman menzahirka­n rasa bangga dengan prestasi Sekolah Seni Malaysia Sarawak dalam peperiksaa­n Sijil Pela

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) jaran Malaysia (SPM) pada 2022 yang menduduki tempat keempat di Sarawak.

“Ia adalah satu kejayaan yang membanggak­an dan saya harap prestasi ini dapat terus dipertahan­kan pada masa depan,” katanya.

Beliau turut mengajak pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak untuk memelihara sikap positif dan tekad yang kuat dalam meraih kejayaan.

“Ini adalah harapan saya dan masyarakat Sekolah Seni Malaysia Sarawak agar pelajar kita ini terus berusaha demi memartabat­kan negara di arena global,” katanya.

“Mempunyai sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat melahirkan modal insan yang berkualiti ” tinggi. Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

 ?? ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sijil pengiktira­fan pada Majlis Graduasi Sekolah Seni Malaysia Sarawak Ke-13 2023 di Auditorium Toh Puan Norkiah Sekolah Seni Malaysia semalam.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sijil pengiktira­fan pada Majlis Graduasi Sekolah Seni Malaysia Sarawak Ke-13 2023 di Auditorium Toh Puan Norkiah Sekolah Seni Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia