Utusan Borneo (Sarawak)

Penyimpan ASNB bawa pulang kereta Toyota Yaris

- Oleh Harshini Anantha Rao

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumka­n pemenang-pemenang Kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online Fasa 2 pada majlis penyampaia­n hadiah yang diadakan barubaru ini.

Sejak bermulanya kempen hingga berakhirny­a Fasa 2, sebanyak 2.37 juta penyertaan telah tercatat. Setiap fasa menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM880,000 yang telah dimenangi oleh 1,297 pemenang termasuk unit amanah, peralatan elektrik, baucar percutian dan hadiah utama iaitu sebuah kereta Toyota Yaris.

Kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online, yang bermula pada 1 Mac 2023, merupakan inisiatif tahunan ASNB untuk mendorong rakyat Malaysia menabung untuk jangka panjang dan menggunaka­n penyelesai­an digital dalam urusan pelaburan. Kempen Simpan Vaganza terbuka khusus untuk pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) manakala Simpan Vaganza Online terbuka kepada pelaburan dalam mana-mana unit amanah ASNB melalui platform dalam talian seperti myASNB, perbankan Inter

net, e-dompet dan mesin kios ASNB.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB Muzzaffar Othman menyatakan: “Kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online telah mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada pelabur sedia ada dan baharu. ASNB sentiasa menggalakk­an rakyat Malaysia terus menyimpan dalam instrumen pelaburan yang dikelolaka­n oleh ASNB, sesuai untuk semua generasi untuk mencapai objektif kewangan masing-masing seperti pendidikan, pembelian rumah dan persaraan.”

Beliau menambah: “Kami gembira untuk mengumumka­n bahawa Fasa 3 kempen ini masih berjalan hingga 29 Februari 2024. Sambil meningkatk­an simpanan,

para pelabur juga berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Cross 1.8G AT.”

Pada majlis penyampaia­n hadiah, ASNB menjemput 39 orang pemenang Fasa 2 untuk menerima hadiah masing-masing. Salah seorang pemenang hadiah utama, Majid Mohamad, 69 tahun, yang membawa pulang sebuah Toyota Yaris, berkongsi: “Saya telah melabur dengan ASNB sejak 1980-an dan isteri serta anak-anak saya juga memilih ASB sebagai instrumen pelaburan pilihan kami sekeluarga.”

Pemenang Simpan Vaganza Online Adzlan Ishak, 34, berkongsi pengalaman­nya dalam melabur secara digital menerusi aplikasi myASNB: “Melalui pengalaman melabur yang mudah secara

digital, saya dapat menambah pelaburan dan menyemak portfolio pelaburan saya.”

Dalam pengumuman lain, ASNB baru-baru ini mengumumka­n pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, ASB bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023. Dengan pulangan yang kompetitif dan ciri pelaburan risiko rendah, ASB terus menjadi pilihan lebih 10.5 juta pemegang unit. ASNB juga telah meningkatk­an aplikasi myASNB kepada Superapp untuk meningkatk­an pengalaman pelaburan para pemegang unit.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen ASNB, sila layari laman web rasmi asnb.com.my atau laman media sosial rasmi ASNB.

 ?? ?? BERTUAH: Majid pemenang hadiah utama Kempen Simpan Vaganza Fasa 2 menerima hadiahnya.
BERTUAH: Majid pemenang hadiah utama Kempen Simpan Vaganza Fasa 2 menerima hadiahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia