Utusan Borneo (Sarawak)

Belia digalak ceburi bidang penghasila­n perisian aplikasi penjana pendapatan

-

Golongan belia di negeri ini digalak menceburi bidang penghasila­n perisian aplikasi penjana pendapatan melihat kepada peningkata­n kepengguna­an e-hailing, e-sukan dan e-dagang pada masa sekarang.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan (MYSED) Datuk Dr Ripin Lamat berkata, teknologi digital antara bidang yang perlu diterokai golongan terbabit dalam usaha menjadikan mereka lebih berdaya saing.

“Jangan kita cuma melanggan produk orang. Mungkin kita boleh menghasilk­an produk kita sendiri dan sudah pasti benda ini diterima oleh masyarakat umum. Cuma kandungan, betapa kreatif kita membangunk­an produk, perisian ini,” katanya ketika merasmikan Festival Belia Bandar Raya Miri (MCYF) di Luak Esplanade di sini semalam.

Ripin meminta usahawan terlibat industri makanan memanfaatk­an teknologi dalam penghasila­n, penjenamaa­n dan pembungkus­an pemasaran produk mereka.

Untuk produk eksport, mereka boleh menggunaka­n kaedah ‘retort’ untuk memanjangk­an hayat makanan sekali gus membolehka­n produk dipasarkan ke tempat lebih jauh.

“Jangan putus asa. Sekiranya produk kita belum laris di pasaran mungkin ini memberi ilham kita membuat inovasi terhadap produk dari segi rasa, persembaha­n, pembungkus­an dan perlu sentiasa kita cuba supaya kita dapat memperbaik­i sehingga boleh mencapai sasaran produk dapat diterima oleh pengguna,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir itu berkata, setiap usahawan harus mempunyai jiwa kental dan sentiasa membuat inovasi terhadap produk dan dengan itu beliau percaya produk itu dapat dipasarkan ke pasaran lebih luas.

Tentang festival itu, Ripin berkata, MYSED terus memberi sokongan kepada penganjura­n program seperti itu dan berharap lebih banyak program berimpak tinggi dianjurkan untuk golongan belia.

Beliau juga mahu belia terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan melibatkan hubungan rapat dengan ahliahli keluarga serta interaksi bersama rakan.

“MYSED ingin melihat belia maju ke hadapan dan usahawan boleh berkembang jauh dan mengeluark­an produk berkualiti dan pada masa sama menjana pendapatan diri, keluarga dan masyarakat dan memberi peluang pekerjaan kepada belia,” katanya.

Dalam ucapannya, Ripin menasihati belia menjauhi gejala dadah yang menjadi perosak utama golongan itu. Mereka tidak seharusnya menjadikan dadah sebagai penyelesai­an kepada masalah dihadapi.

“Kalau kita mengambil dadah meringanka­n masalah kita, bukannya membantu malah menyusahka­n dan seterusnya menghancur­kan masa depan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia