Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG sebagai pelengkap fungsi sekolah kondusif

-

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berperanan sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementeria­n Pendidikan dalam menyediaka­n prasarana, kemudahan dan suasana sekolah kondusif.

Setiausaha Politik Premier Sarawak Susan Clement Ingun berkata sesebuah sekolah berjaya bergantung kepada pengurusan PIBG yang cekap, bertanggun­gjawab dan ikhlas.

Menurutnya, kecemerlan­gan pelajar bukan sahaja melibatkan pengetua, guru dan ahli jawatankua­sa PIBG sahaja tetapi ibu bapa dan semua ahli komuniti melalui jalinan kerjasama membentuk idea serta pelbagai inisiatif PIBG.

“Ibu bapa seharusnya menyedari mereka adalah pelengkap kepada usaha mendidik pelajar kerana mereka mempunyai lebih banyak masa bersama di rumah kerana kecemerlan­gan dalam pembelajar­an itu sebenarnya bermula dari rumah,” katanya.

Beliau mewakili Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata demikian ketika berucap

merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman di sini semalam.

MAPC 2023 SMK Sri Aman kali ini menyaksika­n seramai 189 pelajar menerima sijil, hadiah dan pelbagai anugerah.

Bagi sijil dan hadiah, pemberiann­ya meliputi kategori Pengawas Harian, Pengawas Asrama, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi,

Pembimbing Rakan Sebaya serta Ketua dan Penolong Kelas.

Manakala bagi anugerah lain meliputi Akademik (Tingkatan 2 hingga 5), Anugerah Terbaik Mata Pelajaran (Tingkatan 1 hingga 5) dan AnugerahTe­rbaik Mata Pelajaran Program Pendidikan Integrasi (PPKI).

Acara kemuncak menyaksika­n penyampaia­n Anugerah Khas meliputi kategori Pelajar Harapan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) 2023, Pelajar Terbaik Kokurikulu­m 2023 dan Pelajar Contoh SMK Sri Aman 2023.

Dalam pada itu, Joannes Juna Dunstan mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai penerima bagi ketigatiga anugerah tersebut.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit, Pengetua Sekolah Yang Dipertua PIBG serta guru kanan sekolah yang lain.

 ?? ?? TAHNIAH: Susan (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada Joannes (empat kiri) sambil diperhatik­an Elvis (kanan) serta yang lain.
TAHNIAH: Susan (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada Joannes (empat kiri) sambil diperhatik­an Elvis (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia