Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri seru masyarakat beri keutamaan kepada OKU

-

MIRI:Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri menyeru masyarakat setempat agar memberi keutamaan kepada keperluan orang kurang upaya (OKU) termasuk tidak menyalahgu­nakan tempat parkir khas untuk golongan OKU.

Pengerusin­ya Boon Foo Ping berkata beliau mengeluark­an kenyataan itu bagi mewakili semua ahli serta mereka yang memerlukan perkhidmat­an tersebut.

“Tempat parkir OKU adalah untuk mereka menggunaka­n kerusi roda atau warga emas yang terhad pergerakan­nya.

“Tempat tersebut lebih luas membolehka­n pergerakan sama ada keluar atau masuk dalam kenderaan mereka,” katanya.

Menurut Boon, pihaknya turut menggesa Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyediaka­n lebih banyak tempat parkir OKU bagi memberi kemudahan saksama.

Terdahulu, persatuan tersebut menerima sumbangan daripada Kelab Lions Batu Niah di premisnya petang Rabu lalu.

Kelab Lions Batu Niah diketuai Presidenny­a Andy Jong menyampaik­an sebanyak 15 kampit beras serta barangan makanan asas lain.

Boon berkata, persatuan tersebut berpindah dari Senadin ke lokasi terkini di perumahan di Jalan Miri-Bintulu pada 23 April tahun lalu.

“Kebanyakan ahli kami adalah individu yang kurang upaya seperti pekak, bisu dan mempunyai pergerakan terhad.

“Bagaimanap­un, kami amat bersyukur kerana masih ada pihak tampil memberi sokongan dan sumbangan dalam pelbagai cara seperti dilaksanak­an Kelab Lions Batu Niah,” katanya.

Boon menjelaska­n melalui kutipan dana pelbagai pihak, persatuan terbabit juga menganjurk­an aktiviti ‘Chinese New Year Care & Love Food Aid Program 2024’.

Aktiviti berkenaan memberi manfaat kepada kumpulan sasaran seperti cacat fizikal dan pekak daripada pelbagai kaum dan agama.

 ?? ?? SUMBANGAN: Jong (berdiri, tiga kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri pada majlis ringkas penyerahan sumbangan, disaksikan Boon (duduk, tiga kiri) di Miri Rabu lalu.
SUMBANGAN: Jong (berdiri, tiga kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri pada majlis ringkas penyerahan sumbangan, disaksikan Boon (duduk, tiga kiri) di Miri Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia