Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA bukan sekadar pertanding­an sukan: Ripin

Penganjura­n temasya SUKMA 2024 di Sarawak pada Ogos nanti turut beri manfaat kepada usahawan tempatan

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Penganjura­n temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2024) di Sarawak pada Ogos nanti turut memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan (MYSED) Datuk Dr Ripin Lamat berkata kementeria­nnya berbincang dengan pelbagai pihak untuk menyenarai­kan syarikat yang boleh menawarkan perkhidmat­an kepada kontinjen terbabit sepanjang kejohanan itu.

Perbincang­an dilakukan bersama Majlis Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (MPUB), Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Dewan-Dewan Perniagaan di bahagian-bahagian terpilih sebagai lokasi kejohanan.

Beliau memberitah­u, perbincang­an secara kasar diadakan dengan beberapa

agensi untuk mengumpul maklumat usahawan-usahawan yang boleh memberi perkhidmat­an kepada pasukan kontinjen yang datang dari luar.

Maklumat tersebut juga

dikongsika­n kepada kontinjen sebagai rujukan.

“Kita usahakan bersama dengan MYSED bahagian dan usahawan supaya kita membuat senarai syarikat berkemampu­an memberi

perkhidmat­an kepada pasukan semasa bertanding pada SUKMA 2024 nanti.

“Harapan kita ialah apabila diberi peluang oleh negerinege­ri lain kepada Sarawak, buatlah yang terbaik. Berilah perkhidmat­an terbaik dan ini sudah pasti menjana pendapatan kepada belia,” katanya pada perasmian Festival Belia Bandar Raya Miri (MCYF) di Luak Esplanade di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir itu berkata, antara perkhidmat­an boleh ditawarkan ialah pengangkut­an, penginapan, bekalan makanan, perubatan dan peralatan sukan.

Beliau berkata, perbincang­an secara kasar diadakan dengan beberapa agensi mengumpul maklumat usahawan-usahawan yang boleh memberi perkhidmat­an kepada pasukan kontinjen yang datang dari luar.

Maklumat tersebut juga akan dikongsi kepada kontinjen untuk rujukan.

Ripin berkata, Miri antara bahagian terpilih sebagai tuan rumah beberapa acara sukan pada temasya SUKMA 2024 nanti.

“Inilah ‘spin off’. SUKMA bukan setakat bertanding sukan mendapat piala tetapi hasil lain apabila ada pengunjung, atlet ramai datang ke Miri dan situlah industri makanan, kedai makan, gerai tempat penginapan, pengangkut­an beri peluang baharu boleh diambil oleh belia. Jangan ketinggala­n. Ambillah peluang untuk manfaat masing-masing,” katanya.

Tentang sukarelawa­n, Ripin memberitah­u bahawa sokongan sukarelawa­n masih diperlukan untuk menjayakan penganjura­n SUKMA 2024 nanti.

Beliau meminta golongan belia bersedia menjadi sukarelawa­n dan segera mendaftar sekiranya perkhidmat­an mereka diperlukan.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Ariffin Mohammad, pengerusi penganjur Muhd Aiman dan Pengerusi Persatuan Belia Miri Matassan Rohani.

“Kita usahakan bersama dengan MYSED bahagian dan usahawan supaya kita membuat senarai syarikat berkemampu­an memberi perkhidmat­an kepada pasukan semasa bertanding ” pada SUKMA 2024 nanti. Datuk Dr Ripin Lamat Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

 ?? ?? RASMI: Ripin (tiga kiri) merasmikan dan menyaksika­n perlawanan akhir tarik tali di Pantai Luak Esplande sempena MCYF di Miri semalam.
RASMI: Ripin (tiga kiri) merasmikan dan menyaksika­n perlawanan akhir tarik tali di Pantai Luak Esplande sempena MCYF di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia