Utusan Borneo (Sarawak)

Yap menang Gintell S5 Super Chair dalam Peraduan Liansin Rice-Treasure Jimmy 6

-

Serasa tidak percaya dan gembira yang teramat diluahkan oleh Yap Chong Wei, 65, apabila dipilih sebagai pemenang pertama Peraduan Liansin RiceTreasu­re Jimmy 6 yang membawa pulang Gintell S5 Super Chair semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dihubungi Liansin Trading Sdn Bhd pada 11 Januari lalu sejurus setelah selesai pihaknya membuat cabutan untuk musim ketiga di Miri.

“Kebiasaann­ya saya tidak menjawab panggilan nombor telefon yang tidak dikenali tetapi tidak tahu mengapa saya mengangkat nombor telefon berkenaan.

“Pemanggil bertanya apakah anda Yap Chong Wei, dan saya berkata ya. Lantas bertanya, apahal? kerana takut terkena scam menerusi telefon.

“Tetapi saya terus meminta maaf selepas diberitahu bahawa pemanggil daripada Liansin dan memberitah­u saya telah memenangi hadiah pertama berupa kerusi urut Gintell S5 Super tersebut,” katanya sebelum sesi penyampaia­n hadiah semalam.

Yap berharap untuk memakai kerusi berkenaan lebih kerap namun akan mendahuluk­an isterinya.

Ini kerana tambahnya, isterinya yang menggalakk­an beliau untuk menyertai peraduan itu.

“Saya telah menghantar sebanyak 85 kemasukan dengan mengimbas kod pada kad di dalam setiap paket beras yang telah dibeli untuk berjaja di Taman Hu Sing di sini.

“Mula-mula saya beli beras cap Amoi dan sejak lima enam tahun kebelakang­an ini, saya pakai beras Liansin Fresh yang memang sedap untuk dihidangka­n bersama menu kami,” jelasnya.

Yap merupakan salah seorang peserta yang telah menghantar penyertaan bersama lebih daripada 230,000 penyertaan lainnya untuk musim ketiga tersebut.

Pusingan keempat peraduan itu, bersama dengan cabutan untuk kereta Honda HRV 1.5RS akan diadakan pada bulan April tahun ini di Kuching.

Majlis penyampaia­n hadiah lainnya juga akan diadakan pada bulan Mei, di cawangan Liansin Enterprise Limited di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Penglibata­n dalam peraduan ini sangat mudah, hanya dengan tiga langkah.

Semua peserta, sama ada mereka menang atau tidak dalam mana-mana daripada empat pusingan cabutan itu, layak untuk menyertai cabutan hadiah utama.

Bagaimanap­un, penganjur mengingatk­an semua peserta untuk menyimpan kad penyertaan sebagai bukti untuk mendapatka­n hadiah.

Turut hadir sama adalah Ketua Kumpulan Jualan dan Pemasaran Liansing Trading Sdn Bhd Lim Boo Khiong, Pembantu Pengurus Jualan Alex Teng, Pembantu Pengurus Pemasaran Doris Chong dan Eksekutif Pembanguna­n Pemasaran Andrew Bong.

 ?? ?? BERTUAH: Yap (enam kiri) ditemani isteri menerima hadiah kerusi urut Gintell S5 Super Chair daripada Lim (lapan kanan) pada majlis itu semalam.
BERTUAH: Yap (enam kiri) ditemani isteri menerima hadiah kerusi urut Gintell S5 Super Chair daripada Lim (lapan kanan) pada majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia