Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS alukan inisiatif mesra alam Everrise

Alukan inisiatif promosi penggunaan beg tenunan Everrise sebagai ganti penggunaan beg plastik

- Oleh Jessica Jawing Datuk Bandar MBKS

Ia mempamerka­n dedikasi Everrise untuk menyokong inisiatif alam sekitar negara.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengalualu­kan inisiatif pasar raya Everrise yang mempromosi­kan penggunaan beg tenunan Everrise sebagai ganti kepada penggunaan beg plastik.

Datuk Bandarnya Dato Wee Hong Seng berkata, malahan usaha itu sejajar dengan matlamat kerajaan mengharamk­an penggunaan beg plastik menjelang tahun 2025.

“Ia mempamerka­n dedikasi Everrise untuk menyokong inisiatif alam sekitar negara.

“Dalam usaha ini pelanggan yang membawa bersama mana-mana beg beli-belah Everrise akan menerima lima mata untuk keahlian mereka.

“Dengan pembelian minimum RM30, pelanggan boleh membeli beg tenunan TBC Everrise pada harga promosi RM3.88 (harga biasa: RM6.60),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bazar Tahun Baharu Cina Everrise yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap di outlet Everrise BDC di sini, semalam.

Wee berkata, beliau mengambil kesempatan memuji Everrise atas komitmen

Dato Wee Hong Seng

mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap alam sekitar, kesejahter­aan masyarakat dan kemampuan mereka.

Usaha mereka menganjurk­an Bazar Tahun Baharu Cina itu bukan sahaja mencermink­an kepintaran perniagaan mereka tetapi juga keprihatin­an mereka yang tulus terhadap komuniti.

Katanya dengan menyediaka­n platform untuk perniagaan tempatan mempamerka­n produk mereka dan menawarkan pilihan mampu milik untuk membeli-belah perayaan, Everrise sekali lagi menunjukka­n dedikasi mereka kepada penduduk Kuching.

“Saya menggesa semua orang untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam inisiatif mereka kerana mereka memainkan peranan penting dalam mewujudkan komuniti yang lebih kukuh, lebih inklusif dan mampan untuk kita semua,” katanya.

Sementara itu Yap dalam ucapannya berkata, Everrise telah menunjukka­n kemurahan hati yang tiada tandingann­ya dengan mengedarka­n 70 pek pakej sumbangan Bakul Rahmah dengan kerjasama KPDN Sarawak.

Katanya pakej-pakej itu yang dipenuhi dengan keperluan penting, melambangk­an semangat belas kasihan dan perpaduan dalam komuniti.

“Inisiatif sebegini menyumbang secara signifikan untuk memupuk semangat perpaduan dan sokongan di kalangan kita.

“Selain itu, Everrise dengan kerjasama pembekal rakan kongsi utama mereka telah menunjukka­n lagi komitmen mereka terhadap tanggungja­wab sosial dengan sumbangan 130 pek derma sempena ulang tahun mereka.

“Isyarat murah hati ini bukan sahaja menandakan kejayaan Everrise tetapi juga menggarisk­an kepercayaa­n mereka dalam memberi kembali kepada komuniti yang telah menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka,” katanya.

 ?? ?? TRADISI: Wee (lima kanan) bersama Yap (empat kiri), Pengarah kumpulan Everrise Colin Sia (lima kiri) serta wakil KPDN dan yang lain menggaul Yee Sang sebagai simbolik TBC yang bakal tiba.
TRADISI: Wee (lima kanan) bersama Yap (empat kiri), Pengarah kumpulan Everrise Colin Sia (lima kiri) serta wakil KPDN dan yang lain menggaul Yee Sang sebagai simbolik TBC yang bakal tiba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia