Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat luar bandar disaran tubuh KRT

Ia bagi memupuk perpaduan sesebuah kawasan khususnya di peringkat akar umbi

- Oleh Watt Zacchaeus

Daripada jumlah keseluruha­n itu, daerah Selangau hanya mempunyai lima KRT sahaja diikuti daerah Kanowit yang mempunyai lebih 30 buah dan selebihnya dari daerah Sibu.

SIBU: Masyarakat luar bandar disarankan menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi memupuk perpaduan sesebuah kawasan khususnya di peringkat akar umbi.

Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Muhamad Zulkefli Mohamad Nazri berkata sehingga 2023 Bahagian Sibu mempunyai sebanyak 96 KRT termasuk daerah Sibu, Selangau dan Kanowit.

“Daripada jumlah keseluruha­n itu, daerah Selangau hanya mempunyai lima KRT sahaja diikuti daerah Kanowit yang mempunyai lebih 30 buah dan selebihnya dari daerah Sibu.

“Penubuhann­ya adalah untuk melaksanak­an program lebih kepada memupuk perpaduan dalam kawasan,” katanya ditemui selepas menyelaras mesyuarat KRT Sungai Pak di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, penubuhan KRT banyak melibatkan kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar, mung

Muhamad Zulkefli Mohamad Nazri Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu

kin banyak tidak menyedari manfaat penubuhann­ya.

Zulkefli berkata, penubuhann­ya mempunyai empat agenda utama iaitu Gerak Kerja KRT Sejahtera, Selamat, Bersih dan Indah serta Sihat dinilai aktiviti-aktiviti berimpak tinggi.

Bagaimanap­un, sesebuah KRT tidak boleh ditubuhkan sembaranga­n kerana ia mestilah berdasarka­n permohonan penduduk daripada sesebuah penempatan.

“Biasanya dalam satu-satu kawasan kita gazetkan dan

perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan pejabat misalnya berapa jumlah pendudukny­a, keluasan hendak ditubuhkan KRT.

“Mana-mana kawasan layak, contohnya kepadatan penduduk bandar harus mempunyai seramai 1,500 orang populasi penduduk, keluasan kawasannya diambil kira macam di bandar mestilah tidak lebih 10 hektar,” jelasnya.

Menurutnya, KRT turut diberikan peruntukan maksimum RM6,000 setahun untuk

mengadakan program serta aktiviti berkaitan termasuk mesyuarat.

Justeru, beliau berpendapa­t kawasan luar bandar mempunyai banyak rumah panjang disarankan menubuhkan KRT kerana banyak memberi manfaat mengukuhka­n perpaduan peringkat akar umbi serta aspek keselamata­n komuniti.

“Mana-mana rumah panjang sesebuah kawasan mempunyai tiga ke lima buah rumah panjang boleh memohon menubuhkan KRT kerana populasi dan keluasan kawasan mereka ditetapkan ada sedikit rendah berbanding kriteria penubuhan di kawasan bandar.

“Mereka hendak menubuhkan KRT boleh mengunjung­i pejabat kami di Wisma Persekutua­n, Jalan Persiaran Brooke,” jelasnya.

Pada mesyuarat itu, Sobri Sandom serta jawatankua­sa sebelum ini dipilih semula sebagai pengerusi KRT Sungai Pak sesi 2024-2025.

 ?? ?? TERBAIK: Zulkefli (duduk, kanan) selesai menyelaras mesyuarat KRT Sungai Pak diterajui oleh Sobri (duduk, tengah) di Sibu malam kelmarin.
TERBAIK: Zulkefli (duduk, kanan) selesai menyelaras mesyuarat KRT Sungai Pak diterajui oleh Sobri (duduk, tengah) di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia