Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki hidup merempat berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri

- ALIAS

SIBU: Seorang lelaki berusia 46 tahun terpaksa hidup merempat berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri termasuk sijil lahir dan kad pengenalan.

Lebih menyedihka­n lelaki itu hidup sebatang kara dengan bergantung harap bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Alias Rawi dari Bintulu yang tiba di Sibu tiga hari lalu, kini tidur di kaki lima dan bekerja sementara di sebuah gerai makan di Jalan Awang Ramli Amit di sini.

Alias berkata, dia merantau ke Sibu kerana ingin meluahkan penderitaa­nnya kepada Utusan Borneo dengan harapan ada pihak berwajib tampil membantnya mendapatka­n kad pengenalan.

Menurutnya, dia hanya dapat menamatkan pendidikan sehingga sekolah rendah kerana tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan.

Dia juga sukar mendapat pekerjaan tetap kerana tiada majikan sanggup mengambiln­ya bekerja.

Alias pernah cuba membuat kad pengenalan tetapi usaha itu sia-sia kerana Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) meminta dia mendapatka­n beberapa maklumat pengesahan di luar kemampuann­ya.

Selain itu, dia yang mempunyai penyakit gastrik kronik juga tidak dapat ke hospital kerajaan kerana masalah ketiadaan kad pengenalan.

Sementara itu, Alias mendakwa dirinya berasal dari Sarikei dan mempunyai 12 adik-beradik.

Di Bintulu, Alias memberitah­u dia menumpang berteduh di Yayasan Kebajikan Negara Bahagian Bintulu.

Disebabkan masalah keluarga dihadapi sejak kecil, dia dan adik-beradiknya tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan.

Malah, masalah keluarga juga menyebabka­n dia terpisah dengan adik-beradiknya.

Dia kini berusaha mencari ahli-ahli keluargany­a yang lain.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia