Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Kanser SMC ubah nasib dua pesakit kanser payudara

- Oleh Vivi Olviana Najurus

Istilah ‘kanser bukan pengakhira­n hidup’ terbukti benar apabila adanya semangat tinggi, bantuan teknologi terkini, kepercayaa­n diri serta sokongan moral daripada individu di sekeliling dalam meneruskan kehidupan.

Berita yang disampaika­n oleh doktor bertugas menyatakan terdapat ketulan yang tidak diketahui di bahagian payudara membuatkan ibu kepada seorang anak perempuan, Filzah Farah Zainoddin mengeluark­an pelbagai spekulasi termasuk ketakutan sama ada beliau menghidap kanser.

Beliau kemudianny­a segera pulang ke rumah untuk mengkhabar­kan berita sedih itu kepada ahli keluarga dan meminta pendapat mereka.

Filzahberk­ata,padamulany­a beliau menyedari terdapat ketulan sebesar kuku pada bahagian payudarany­a semasa menyusukan anak perempuann­ya yang ketika itu berumur dua tahun pada 2022.

“Saya menyangka itu adalah keadaan normal berikutan saya dalam fasa menyusukan anak, bagaimanap­un bagi memastikan lebih lanjut, saya ke Pusat Perubatan Sunway (SMC) bagi mendapatka­n pemeriksaa­n selanjutny­a.

“Perasaan saya berbaur apabila diberitahu oleh doktor bahawa ketulan itu tidak dapat dikenal pasti dan pihak perubatan akan menjalanka­n kajian dengan lebih lanjut.

“Pada masa itu perasaan saya kuat mengatakan ia adalah kanser dan segera

mendapatka­n ahli keluarga untuk memaklumka­n perkara ini,” katanya.

Beliau yang juga kakitangan awam itu berkata, sebaik disahkan menghidap kanser payudara tahap 2A, dia meneruskan kehidupan seperti biasa dan tidak merasa sakit di bahagian ketulan terbabit.

“Saya memberitah­u keluarga dan mereka meyakinkan saya agar percaya dengan kajian saintifik dan mendapatka­n rawatan dengan lebih rapi kepada pihak perubatan.

“Selepas itu saya berjumpa dengan doktor dan menjalani saringan mamogram, saya sama sekali terkejut kerana rawatan ini tidak memberikan rasa sakit sama sekali seperti apa yang diwar-warkan di luar sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, sebelum menerima rawatan itu, doktor memberi penerangan secara terperinci dan perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali.

“Ketika itu saya hampir berputus asa bagaimanap­un saya kuatkan semangat dan hanya fokus perlu terima rawatan untuk baik dan saya masih ada keluarga serta ibu dan bapa.

“Sepanjang menerima rawatan, saya sangat bersyukur kerana semua individu yang ada di sekeliling saya sangat memahami dan menyokong saya tidak kira keluarga dan rakan sekerja serta majikan, malah sepanjang rawatan berjalan, saya tidak mengambil cuti,” katanya.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana bebas dari kanser terbabit selepas menjalani rawatan beberapa kali.

Beliau bagaimanap­un berkata, dia perlu menjalani rawatan berkala dan memakan ubat yang dibekalkan.

Beliau berkata, dia memilih SMC kerana sebelum ini anaknya turut mendapatka­n rawatan di pusat perubatan sama dan diberi rawatan terbaik di sini.

“Walaupun saya mempunyai

pilihan untuk mendapatka­n rawatan di di Institut Kanser Negara (IKN) tetapi saya memilih peegi ke SMC kerana saya mendapat layanan kesihatan yang terbaik di sini.

“Sebelum datang ke sini kebanyakka­n orang memberi momokan bahawa mamogram itu menyakitka­n, tetapi doktor di SMC berjaya meyakinkan saya untuk menerima rawatan sepatutnya serta menepati jadual yang ditetapkan saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu katanya, walaupun beliau bukan secara rasmi menjadi ahli dalam Program Kanser Buddy, tetapi dia berperanan memberi semangat melalui penerangan kepada pesakit kanser lain yang dibawah kendalian doktor yang merawatnya.

“Apa yang saya beritahu mereka sama seperti apa yang saya lalui, dapatkan rawatan segera dan tanamkan dalam diri bahawa kanser bukan pengakhira­n hidup, saya juga nasihatkan mereka agar lupakan

hasrat untuk ke tempat yang sia-sia termasuk bomoh bagi mendapatka­n rawatan.

“Jangan takut kerana teknologi kini semakin canggih dan saya harapkan agar SMC akan mempunyai teknologi serta peralatan lebih canggih bagi merawat kanser selepas ini, kalau saya boleh kenapa yang lain tidak,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada tiga orang anak, Calise Teo berkata dunia seakan gelap sebaik disahkan mengalami kanser payudara tahap empat sebaik melahirkan anak.

“Saya merasakan sakit yang tidak dapat ditahan dan hanya terlantar di katil semasa menerima rawatan.

“Syukurlah SMC banyak membantu saya sepanjang mendapatka­n rawatan termasuk bantuan kakitangan serta jururawat berikutan saya memerlukan sekurangku­rangnya dua individu bagi membantu pergerakan saya setiap kali sesi rawatan.

“Doktor yang merawat saya di SMC juga banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan, malah kenyataann­ya yang memberitah­u saya mampu hidup dalam lima tahun lagi pada mulanya memberi saya harapan untuk meneruskan hidup dan mendapatka­n rawatan yang diperlukan di sini,” katanya.

Katanya, bantuan daripada kakitangan SMC berterusan sehingga kini berikutan dia masih perlu mendapatka­n rawatan jangka panjang bagi memastikan dia benar-benar bebas daripada kanser.

“Kini saya gembira kerana boleh bergerak bebas seperti dahulu dan meneruskan minat saya melancong dan mengunjung­i tempat baharu di luar.

“Kepada pesakit kanser di luar, teruskan menerima rawatan dan percaya kepada diri sendiri bahawa kamu dapat disembuhka­n dan jangan lupa berdoa mengikut kepercayaa­n masing-masing untuk meminta kesembuhan daripada Tuhan.

“Jangan takut untuk meminta pertolonga­n dan dapatkan sokongan daripada pihak lain kerana saya juga memerlukan bantuan sama semasa sedang sakit dahulu, kepada pesakit yang berjaya sembuh, kongsikan berita positif kepada pesakit kanser lain bagi memberi sinar dan cahaya baharu kepada mereka,” katanya.

Seperti apa yang dinyatakan oleh Fizah, Calise turut meyakinkan bahawa kanser bukan pengakhira­n hidup, malah beliau yang berada di tahap empat kanser payudara berjaya sembuh dan bebas daripada kanser.

 ?? ?? KENANGAN: Filzah dan Calise merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan SMC.
KENANGAN: Filzah dan Calise merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan SMC.
 ?? ?? SELAMAT: Filzah dan Calise semasa berkongsi pengalaman sebagai pemandiri kanser (cancer survivor).
SELAMAT: Filzah dan Calise semasa berkongsi pengalaman sebagai pemandiri kanser (cancer survivor).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia