Utusan Borneo (Sarawak)

Selesai kemelut politik pasca-PRU14 bukti kewibawaan Agong

- Oleh Muhammad Faiz Baharin dan Mohamad Syazwan Mustapa

KEBIJAKSAN­AAN Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menangani kemelut politik pascaPilih­an Raya Umum ke 14 (PRU14) pada 2018 menjadi benteng akhir paling ampuh yang berjaya mengelak negara terjerumus ke lembah krisis pentadbira­n.

Mengimbau detik suram dalam lipatan sejarah negara itu, Al-Sultan Abdullah yang menaiki takhta pada 31 Jan 2019 untuk memayungi kesejahter­aan jelata, diuji dengan tanggungja­wab amat berat apabila menyaksika­n pentadbira­n kerajaan Persekutua­n bertukar tiga kali dalam tempoh kurang lima tahun selepas PRU14.

Berkongsi pengalaman sebagai antara individu yang paling dekat dengan Seri Paduka ketika itu, bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata beliau menjadi saksi melihat Al-Sultan Abdullah cukup tenang menangani badai politik yang melanda negara ketika itu.

“Baginda menitikber­atkan pendekatan diplomasi berbanding konfrontas­i, malah memilih pendekatan bermusyawa­rah apabila membabitka­n keputusan besar negara termasuk mengadakan mesyuarat bersama-sama RajaRaja Melayu.

“Itulah perwatakan sebenar Al-Sultan Abdullah yang menerima pendedahan dari segi kursus-kursus diplomatik ini ketika menuntut di Sandhurst, United Kingdom lagi, selain peranan baginda selaku Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Naib Presiden Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC),” katanya kepada Bernama.

Ahmad Fadil yang kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga menyifatka­n Al-Sultan Abdullah sebagai individu berpan

dangan jauh dengan setiap keputusan diambil baginda adalah berpaksika­n kepada kepentinga­n, keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat serta negara.

Beliau berkata walaupun perkara yang dititahkan dalam satu-satu perkara kadangkala tidak dilaksanak­an dengan sepenuhnya, Seri Paduka tetap berlapang dada tanpa menzahirka­n kemurkaan kepada pihak terlibat.

Menurut Ahmad Fadil selain pertukaran empat kali Perdana Menteri melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi Parlimen tergantung pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga menyerlahk­an kewibawaan Seri Paduka selaku tiang seri kepada keamanan serta nadi kepada perpaduan negara.

Bagi pakar Perlembaga­an

Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz, Al-Sultan Abdullah telah menggunaka­n sepenuhnya dan sebaiknya kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an Persekutua­n untuk mengelak negara terjerumus dalam krisis pentadbira­n dan kemelut politik berterusan.

Mengambil contoh peletakan jawatan Dr Mahathir, Shamrahayu berkata Seri Paduka membuktika­n kewibawaan baginda apabila melantik Dr Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri interim bagi memastikan negara sentiasa memiliki ketua kerajaan dan urusan pentadbira­n boleh dilaksanak­an sementara penggantin­ya dimuktamad­kan.

“Situasi Parlimen tergantung yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara pasca-PRU15 lepas sekali lagi membuktika­n kewibawaan Yang di-Pertuan

Agong menerusi titah cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan sekali gus menokhtahk­an kemelut yang membelengg­u,” kata Shamrahayu yang juga Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.

Sementara itu, penganalis­is politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed menyifatka­n keberanian Al-Sultan Abdullah dalam membuat keputusan penting dengan turut mendapatka­n pandangan Raja-Raja Melayu adalah kunci dalam kejayaan menangani semua krisis yang berlaku.

“Pada saat kematangan ahli politik hanyut dalam pergelutan kuasa, tidak lagi boleh diharapkan untuk menyelesai­kan masalah dan menjaga kebajikan rakyat serta negara, kredibilit­i AlSultan Abdullah dan institusi Raja Berpelemba­gaan itulah menjadi benteng terakhir dan

harapan tunggal rakyat untuk menyelamat­kan negara.

“Jika tidak, kita mungkin terjerumus ke dalam konflik berpanjang­an sehingga negara tidak stabil, rakyat menderita akibat kelembapan ekonomi, malah tidak mustahil menyaksika­n campur tangan kuasa asing dalam urusan dan dasar negara,” kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia itu.

Dalam pada itu, Geostrateg­is dan Felo Kanan Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR) Prof Dr Azmi Hassan berkata legasi pemerintah­an Al-Sultan Abdullah yang melalui gelora politik wajar dijadikan iktibar bahawa Raja Berpelemba­gaan dan institusi diraja bukanlah sekadar satu simbol dan status kedaulatan negara.

“Betul ada yang meremehkan institusi Yang di-Pertuan Agong hanya sebagai

simbol monarki berpelemba­gaan, tetapi apa yang berlaku kita saksikan Al-Sultan Abdullah memberi penyelesai­an kepada setiap kebuntuan dalam krisis yang dialami, jelas peranan yang dimainkan itu amat penting.

“Inilah iktibarnya, kebijaksan­aan, keberanian Tuanku itu amat diperlukan, apa yang dilakukan Agong itu menyedarka­n rakyat betapa pentingnya satu institusi yang tidak berpihak kepada mana-mana dalam menjaga kepentinga­n negara dan rakyat, iaitu institusi raja kita yang dipandu Perlembaga­an,” katanya.

Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintah­an sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERWIBAWA: Kebijaksan­aan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menjadi benteng akhir paling ampuh yang berjaya mengelak negara terjerumus ke lembah krisis pentadbira­n. Perdana Menteri yang keempat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada zaman pemerintah­an Al-Sultan Abdullah.
— Gambar Bernama BERWIBAWA: Kebijaksan­aan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menjadi benteng akhir paling ampuh yang berjaya mengelak negara terjerumus ke lembah krisis pentadbira­n. Perdana Menteri yang keempat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada zaman pemerintah­an Al-Sultan Abdullah.
 ?? — Gambar Bernama ?? PIKUL TANGGUNGJA­WAB: Ismail Sabri ketika dilantik sebagai Perdana Menteri yang ketiga pada zaman pemerintah­an Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.
— Gambar Bernama PIKUL TANGGUNGJA­WAB: Ismail Sabri ketika dilantik sebagai Perdana Menteri yang ketiga pada zaman pemerintah­an Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.
 ?? — Gambar Bernama ?? KOMITED: Dr Mahathir ketika dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama pada zaman pemerintah­an Al-Sultan Abdullah.
— Gambar Bernama KOMITED: Dr Mahathir ketika dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama pada zaman pemerintah­an Al-Sultan Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia