Utusan Borneo (Sarawak)

MAIWP terus laksana proses pemutihan pastikan bantuan diterima golongan layak

- KUALA LUMPUR:

Proses pemutihan akan terus dilaksanak­an bagi memastikan bantuan zakat bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) hanya disalurkan kepada individu selayaknya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumka­n perkara berkenaan kepada pihak sepatutnya.

“Kalau ikutkan MAIWP, proses pemutihan ini dilakukan secara berterusan, cuma arahan Kabinet berdasarka­n program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah arahkan agar proses pemutihan ini dilaksanak­an oleh semua institusi zakat.

“Jadi berdasarka­n arahan ini, MAIWP pula akan segerakan proses pemutihan yang sedang kita laksanakan, dengan adanya pemutihan ini bantuan dapat diberikan kepada mereka yang selayaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Asnaf Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans Kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) di sini semalam.

Dalam pada itu, bagi memastikan kebajikan golongan asnaf khususnya yang berada di bandar mendepani cabaran kos sara hidup yang mencabar ketika ini, MAIWP akan meningkatk­an kadar bantuan bulanan yang akan diumumkan Jun depan.

“MAIWP sebelum ini telah menjalanka­n semakan semula terhadap kadar zakat yang diberikan dan kita juga sudah naikkan kadarnya, tetapi Jun depan kadar yang baharu akan diumumkan,” katanya.

Mengenai Ziarah Asnaf, Mohd Na’im berkata program itu akan dilaksanak­an setiap bulan bagi memberi peluang kepadanya untuk menyantuni asnaf penerima bantuan MAIWP serta memastikan kebajikan dan keperluan golongan berkenaan terjaga.

“Melalui program turun padang seperti ini, kita dapat jumpa golongan susah yang diuji Allah SWT dengan ujian kesihatan, kewangan dan sebagainya. Selain memberikan motivasi kepada mereka, saya turut berpeluang mendoakan mereka di samping memaklumka­n mengenai bantuan-bantuan baharu yang ada.

“Contohnya seorang daripada asnaf yang kita santuni tadi, dia tidak tahu pun mengenai e-dompet RM300 yang diberikan MAIWP. Dalam ziarah hari ini juga, kita akan minta pegawai pusat kesihatan berdekatan untuk lawat ke rumah seorang daripada asnaf dan berikan surat perubatan berkaitan keadaan anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya.

Ziarah Asnaf semalam membabitka­n tiga rumah di Perumahan Awam Seri Selangor dengan menyantuni Mohamad Fazlim Sha’ri, Jamsiah Mohd Said dan Mohamad Fadli Dahalim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Mohd Na’im (empat kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Pengerusi Bulan Sabit Merah Kuala Lumpur Datuk Seri Suhaimi Yacob (tiga kiri) pada program Ziarah Asnaf Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans kepada BSMMKL di Perumahan Awam Sri Selangor di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya (tiga kanan).
— Gambar Bernama TERIMALAH: Mohd Na’im (empat kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Pengerusi Bulan Sabit Merah Kuala Lumpur Datuk Seri Suhaimi Yacob (tiga kiri) pada program Ziarah Asnaf Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans kepada BSMMKL di Perumahan Awam Sri Selangor di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia