Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan dewan mulai hari ini

-

Parlimen Malaysia akan melaksanak­an sistem eHantar mulai hari ini sebagai satu daripada usaha terkini mendigital­kan urusan dewan serta meningkatk­an mutu perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), serta usul Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 boleh dihantar melalui sistem tersebut.

“Saya menyeru agar AhliAhli Yang Berhormat memanfaatk­an sepenuhnya sistem eHantar yang dibangunka­n ini, terutamany­a menjelang bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga yang akan bermula pada 26 Feb kelak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Johari berkata dalam jangka masa terdekat, bukan sahaja Ahli Parlimen, malah orang awam juga akan dapat mengakses lebih banyak ciri laman web Parlimen Malaysia yang bakal ditambah baik.

Beliau berkata ini termasuk proses penambahba­ikan sistem Penyata Rasmi (Hansard) dalam portal Parlimen yang membolehka­n para pengguna membuat carian terhadap datadata daripada Hansard dengan lebih mudah.

“Dari segi fizikal, Galeri Awam Dewan Rakyat juga akan melalui proses naik taraf untuk memperting­katkan pengalaman melawat orang awam di Parlimen bagi menyaksika­n sidang mesyuarat Dewan Rakyat seperti aturan urusan mesyuarat, perbahasan dan pertanyaan, di samping memahami peranan petugas-petugas Dewan Rakyat termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Rakyat, Bentara Mesyuarat, Bentara Parlimen, Pelapor dan lain-lain,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menggalakk­an Ahli Dewan Rakyat agar menggunaka­n kemudahan Penyelidik­an Parlimen Malaysia dengan sepenuhnya untuk mendapatka­n data-data serta maklumat penting bagi melonjakka­n kualiti perbahasan dalam Dewan Rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia