Utusan Borneo (Sarawak)

Fahmi setuju cadangan UMNO minta k’jaan wujud Suruhanjay­a Ekonomi Gig Malaysia

-

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersetuju dengan cadangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk meminta kerajaan menubuhkan segera Suruhanjay­a Ekonomi Gig Malaysia dan akan berusaha mengemukak­an perkara itu ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata cadangan itu wajar memandangk­an terdapat kerencaman dalam ekonomi gig seperti penghantar makanan.

“Saya lihat memang ekonomi gig ia rencam, pelbagai, ada aspek-aspek ‘free market’ (pasaran bebas) ataupun pasaran yang memainkan peranan terutama dalam segi upah dan sebagainya.

“Bagi saya antara yang paling penting ialah kebajikan bagi golongan pekerja gig... itu sebab saya secara konsisten telah menyatakan dan melalui apa yang saya mampu, usaha untuk bantu penunggang phailing (ini),” katanya kepada pemberita pada Program Jiwa MADANI di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh di sini

semalam.

Program berkenaan menyediaka­n beberapa reruai antaranya Pangkalan Data Utama (PADU), Jualan Rahmah dan pemeriksaa­n kesihatan percuma oleh pelbagai agensi termasuk di bawah Kementeria­n Komunikasi bagi membantu masyarakat setempat.

Program dimeriahka­n dengan kehadiran kira-kira 1,000 penduduk kampung itu dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Kerk Chee Yee serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata MT UMNO sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan menubuhkan segera Suruhanjay­a Ekonomi Gig Malaysia bagi memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi gig di Malaysia terpelihar­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SANTUNI RAKYAT: Fahmi (kanan) beramah mesra dengan penduduk setempat yang sedang mendaftar akaun dalam PADU pada Program Jiwa MADANI di Kampung Sungai Putat dekat Ayer Keroh di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama SANTUNI RAKYAT: Fahmi (kanan) beramah mesra dengan penduduk setempat yang sedang mendaftar akaun dalam PADU pada Program Jiwa MADANI di Kampung Sungai Putat dekat Ayer Keroh di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia