Utusan Borneo (Sarawak)

Penjual kit bunuh diri di Kanada hadapi tuduhan membunuh

- MONTREAL:Pihakberku­asa

Kanada telah mengubah dakwaan membunuh terhadap seorang rakyat Kanada di bawah siasatan di beberapa buah negeri kerana dikatakan menjual kit bunuh diri secara dalam talian, menurut peguamnya pada Jumaat.

Pada pertengaha­n Disember bekas tukang masak Kenney Law, 58, telah didakwa oleh pihak polis kawasan Toronto dengan 14 pertuduhan bagi pembunuhan peringkat kedua di wilayah Ontario, Kanada. Law telah menafikan dakwaan tersebut.

Perkara tersebut sekarang telah diubah kepada pembunuhan peringkat pertama, menurut kepada pemfailan mahkamah, menunjukka­n kedudukan pendakwaan bahawa homisid itu telah dirancang dan disengajak­an.

“Dia berniat untuk membela (dirinya sendiri dari) dakwaan baharu ini seperti mana dia merancang untuk membela yang sebelum ini,” peguam bela Matthew Gourlay memberitah­u AFP.

“Ia adalah sangat mengejutka­n. Kami masih belum mengetahui teori di mana pihak Crown telah cadangkan untuk meminta kepada mahkamah agar mensabitka­n dia bagi pembunuhan,” tambah beliau.

Law telah ditangkap pada

Mei kerana memasarkan sejenis bahan yang digunakan sebagai satu bahan perisa makanan, namun boleh membunuh sekiranya disalahgun­akan. Dia dikatakan telah menyasarka­n golongan yang mudah terpengaru­h melalui dalam talian.

Dia dipercayai telah menghantar sebanyak 1,200 bungkusan kepada orang di lebih dari 40 buah negara sejak 2020.

Pihak polis Kanada menyatakan pada bulan lepas mereka sedang menyelaras­kan siasatan mereka dengan beberapa buah agensi penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia.

DiBritain,sekurang-kurangnya 272 orang telah membeli produk dari laman sesawang Law dan 88 orang dari mereka telah meninggal dunia, menurut pihak polis di sana.

Dimaklumka­n oleh Interpol,

beberapa buah negara lain telah melancarka­n siasatan, termasuk New Zealand dan Itali, di mana sembilan orang pembeli telah dikenal pasti dan seorang mangsa telah meninggal dunia.

Mangsa rakyat Kanada adalah lelaki dan perempuan berusia di antara 16 dan 36 tahun, menurut pihak polis.

Law telah dijadualka­n akan hadir di mahkamah pada minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia