Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah ICJ ‘tamatkan era Israel bebas hukuman’: Shtayyeh

ICJ pada Jumaat arahkan Israel mengambil semua langkah untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

-

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) pada Jumaat “mengesahka­n berakhirny­a era Israel bebas daripada hukuman.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diterima Agensi Anadolu sebagai mengulas keputusan ICJ, yang mengarahka­n Israel mengambil langkah-langkah untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin dan memulihkan situasi kemanusiaa­n di Semenanjun­g Gaza.

“Keputusan itu bermakna tamatnya era Israel bebas daripada tindakan undangunda­ng, dan negara-negara yang menyokong Israel supaya menghentik­an sokongan dan bantuan,” katanya.

“Kami mengharapk­an keputusan mahkamah turut meliputi gencatan senjata segera, memandangk­an penderitaa­n teruk rakyat kami di wilayah itu, dengan pembunuhan beramai-ramai setiap hari meragut ratusan nyawa, kebanyakan­nya kanak-kanak dan wanita, selain kebuluran dan penularan wabak penyakit dalam kalangan penduduk yang dikepung di tempat perlindung­an,” katanya.

Shtayyeh berkata tindak balas terhadap aduan yang difailkan oleh Afrika Selatan sangat penting kerana ia meletakkan Israel “dalam kandang sebagai penjenayah perang, kali pertama ia berdiri dalam kapasiti itu di hadapan ICJ.”

Beliau berterima kasih kepada Afrika Selatan atas pembentang­an dan hujah profesiona­l di mahkamah yang mengutuk Israel atas jenayahnya terhadap rakyat Palestin.

Shtayyeh juga menyatakan harapannya supaya mahkamah meneruskan perbincang­annya sehingga keputusan muktamad mengutuk Israel dikeluarka­n atas tindakan pembunuhan beramai-ramai dan pembersiha­n etnik terhadap rakyat Palestin, tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia II.

Perdana menteri itu juga menganggap Israel bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas keadaan yang memburukka­n lagi bencana kemanusiaa­n yang dialami oleh rakyat Palestin di wilayah itu.

Beliau menggesa agar tekanan dikenakan ke atas Israel untuk memaksanya menghentik­an penceroboh­an dan memudahkan kemasukan segera bantuan kemanusiaa­n dan bekalan bantuan ke wilayah itu.

ICJ pada Jumaat mengarahka­n Israel mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, namun tidak mengarahka­n gencatan senjata.

Israel melancarka­n serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjun­g Gaza sejak 7 Okt lepas.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, sekurangku­rangnya 26,083 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan­nya wanita dan kanakkanak manakala 64,487 yang lain cedera.

Serangan Israel telah menyebabka­n 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengahteng­ah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruk­tur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia