Utusan Borneo (Sarawak)

Biden mahu bincang dengan emir Qatar untuk bebas tebusan Hamas

-

WASHINGTON: Presiden AS Joe Biden menyatakan kelmarin kepada amir Qatar bagi membincang­kan tentang usaha untuk membebaska­n tebusan yang masih ditahan di Gaza oleh Hamas, menurut pihak Rumah Putih.

Perbincang­an itu muncul ketika ketua CIA akan bertemu di Eropah dengan rakan setugasnya dari Israel dan Mesir serta perdana menteri Qatar dengan tujuan untuk membincang­kan satu perjanjian dan pembebasan tebusan yang lain dalam peperangan IsraelHama­s, lapor media AS.

Qatar telah memainkan satu peranan utama ketika ia mengatur satu perjanjian pembebasan tebusan pada November.

Biden turut bercakap kelmarin dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dari Mesir, menurut jurucakap keselamata­n negara Rumah Putih John Kirby.

Pertukaran pada November

berlaku ketika satu perjanjian selama seminggu di mana kira-kira 100 orang telah dibebaskan oleh Hamas dalam pertukaran bagi 240 orang tahanan Palestin yang ditahan di Israel.

Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat sedang cuba untuk berunding bagi satu perjanjian baharu, dan utusan Timur Tengah pihak Biden, Brett McGurk telah berada di wilayah itu untuk rundingan.

Perkhidmat­an media Axios telah melaporkan bahawa Israel menawarkan Hamas satu penangguha­n selama dua bulan bagi pertempura­n di Gaza sebagai pertukaran bagi pembebasan semua tebusan.

Pihak berkuasa Israel menyatakan 132 orang tebusan yang masih ditahan di Semenanjun­g Gaza, 28 orang dari mereka dijangka meninggal dunia.

Peperangan bermula ketika Hamas melancarka­n serangan pada 7 Oktober, yang membawa kepada kira-kira 1,140 kematian di Israel, kebanyakan orang awam, menurut satu kiraan AFP berdasarka­n jumlah rasmi.

Berjanji akan menghapusk­an Hamas, Israel telah melancarka­n satu kempen ketenteraa­n tanpa henti yang telah membunuh sekurangku­rangnya 26,083 orang di wilayah Palestin, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, menurut kementeria­n kesihatan Gaza. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia