Utusan Borneo (Sarawak)

Zimbabwe gugurkan dakwaan terhadap dua peguam hak asasi

-

HARARE: Pihak berkuasa Zimbabwe pada Jumaat menggugurk­an dakwaan terhadap dua orang peguam hak asasi manusia yang terkenal yang ditangkap pada September selepas membantah terhadap pihak polis menyoal siasat anak guam mereka di hospital.

Peguam Douglas Coltart memberitah­u AFP bahawa pihak pendakwa raya negara telah akur bahawa tuduhan terhadap dia dan rakan setugasnya Tapiwa Muchinerip­i tidak sampai kepada satu kesalahan jenayah.

“Kita seharusnya tidak ditangkap sejak awal lagi,” kata beliau. “Mereka telah terlalu bersemanga­t untuk menangkap para peguam yang hanya melakukan tugas mereka.”

Kedua-dua mereka telah didakwa sebagai menghalang keadilan pada tahun lepas, ketika mewakili dua orang anggota pembangkan­g yang sedang pulih di hospital selepas dikatakan telah diculik dan diseksa.

Coltart dan Muchinerip­i membantah bagi anak guam mereka disoal siasat oleh polis, mempertika­ikan mereka sebagai tidak sihat dari segi perubatan.

Namun polis menyatakan perubahan itu sebagai menghalang keadilan.

Beberapa hari sebelumnya anak guam mereka telah digari, ditembak dengan senjata perenjat, dipukul dengan belantan, diberikan dadah dan kemudian dibuang ke dalam sungai dalam keadaan bogel, menurut kepada kumpulan hak asasi.

Parti utama pembangkan­g pada masa itu menyatakan penculik telah disyaki sebagai ejen negara.

Penculikan muncul ketika apa yang dikatakan oleh pembangkan­g sebagai satu kempen ugutan terhadap anggotanya selepas satu pilihan raya yang dipertkaik­an pada Ogos yang melihat Presiden Emmerson Mnangagwa dari parti pemerintah ZANU-PF memenangi satu lagi penggal untuk jawatannya.

Coltart menyatakan dia dan Muchinerip­i memiliki dasar yang baik untuk menyaman pihak berkuasa dan akan memutuskan langkah yang berikutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia