Utusan Borneo (Sarawak)

Czechs mahu perketat kawalan senjata setelah tembakan di universiti

-

Parlimen Czech pada Jumaat mengemukak­an satu rang undang-undang untuk memperketa­tkan langkah-langkah kawalan senjata sebulan selepas kejadian tembakan paling berdarah dalam sejarah moden negara ini, dalam satu langkah pertama ke arah menjadi undangunda­ng.

Pada Disember, seorang pelajar membunuh 14 orang dan mencederak­an 25 orang sebelum menembak mati dirinya sendiri di Universiti Charles di Prague di pusat bersejarah ibu negara.

Rang undang-undang itu telah dikemukaka­n oleh kerajaan pada Jun lepas, beberapa bulan sebelum kejadian tembakan, dan ia mengarahka­n para pejuang senjata agar melaporkan pembelian yang mencurigak­an.

Langkah tersebut, yang masih beluam diserahkan kepada senat dan ditandatan­gani menjadi undang-undang oleh presiden, akan masih membenarka­m penduduk Czech untuk membeli, memiliki dan membawa senjata.

Ia turut membenarka­n pihak polis untuk merampas senjata disebabkan oleh risiko keselamata­n dan memperkena­lkan pemeriksaa­n perubatan yang lebih tegas terhadap pemilik senjata.

Media Czech menyatakan penyerang bersenjata universiti, yang turut menembak tiga orang lagi termasuk ayahnya dan seorang bayi berusia dua bulan dalam sebuah kereta sorong bayi sebelum pembunuhan di universiti, memiliki lapan jenis senjata.

Pelajar berusia 24 tahun itu telah membuat satu pinjaman bagi membeli senjatanya termasuk selaras raifal semiotomat­ik, peluru dan penyenyap, lapor mereka.

Kementeria­n dalam negeri sekarang merancang satu pindaan yang akan memperketa­tkan peraturan bagi pemilikan senjata, dijangka akan diserahkan kepada parlimen pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia