Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian akibat serangan Rusia ke bandar Kharkiv meningkat kepada 11

-

KIEV: Angka kematian akibat serangan misil Rusia ke atas bandar kedua Kharkiv di Ukraine telah meningkat kepada 11 orang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Dalam salah satu dari gelombang terbesar pengeboman udara dalam masa beberapa minggu, lebih dari 100 orang telah tercedera dan sekurang-kurangnya 18 orang terkorban selepas misil Rusia menyerang sekitar Ukraine -- termasuk bandar utama Kiev dan timur laut Kharkiv -- pada awal Isnin.

Pejabat pendakwa raya Kharkiv menyatakan kelmarin bahawa seorang wanita berumur 61 tahun yang meninggal dunia aki bat kecederaan, menjadikan jumlah yang terkorban di bandar itu sahaja hingga 11 orang.

Presiden Volodymyr Zelensky telah menjanjika­n satu respon bertenaga.

Dalam kejadian berasingan, pihak berkuasa Ukraine di wilayah Donetsk -- sebahagian dari mana berada di bawah kawalan Rusia -menyatakan sejumlah enam orang telah tercedera dalam serangan Rusia ketika sepanjang Khamis.

Seorang turut tercedera di Kherson oleh satu serangan misil S-300, menurut gabenor wilayah selatan Oleksandr Prokudin kelmarin.

Beliau menghantar gambar melalui media sosial menunjukka­n kerosakan pada sebuah bangunan tinggi kediaman dan beberapa buah rumah di bandar tersebut, yang berada di bawah kawalan pasukan tentera Rusia bagi sebahagian dari 2022 selepas ditawan pada hari-hari pertama peperangan.

Rusia telah beberapa kali menafikan telah mensasarka­n bangunan kediaman. Menurut kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sekurang-kurangnya 10,000 orang warga awam -- kemungkina­n lebih ramai lagi -- telah terkorban di Ukraine sejak Februari 2022.

Beberapa buah bandar dan pekan dekat dengan barisan hadapan yang luas di timur dan selatan telah berdepan dengan serangan bedilan setiap hari sepanjang hampir dua tahun sejak penceroboh­an Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia