Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 warga asing ditahan di Pasar Harian Selayang: Polis

-

KUALA LUMPUR: Seramai 108 warga asing termasuk empat wanita ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu serbuan Operasi Khas Ops Taring II di Pasar Harian Selayang, di sini, awal pagi semalam.

Kesemua mereka yang ditahan pada kira-kira jam 3 pagi itu terdiri daripada 50 lelaki dan dua wanita Indonesia, 33 lelaki dan dua wanita Myanmar, 12 lelaki warga India, tujuh lelaki Bangladesh serta seorang lelaki, masing-masing warga Nepal dan Pakistan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata operasi itu bertujuan bagi membantera­s pelbagai jenayah yang berlaku di kawasan sekitar Pasar Harian Selayang terutama melibatkan pendatang asing tanpa izin.

Selain itu, beliau berkata operasi itu turut memfokuska­n kepada membantera­s sebarang kegiatan tidak sihat di kawasan tersebut.

“Semua warga asing yang ditahan diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan menetap lebih masa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihak polis bersama-sama jabatan dan agensi penguatkua­saan lain akan terus menjalanka­n operasi khas seperti ini pada masa akan datang bagi membantera­s jenayah.

“Orang ramai dialualuka­n untuk menyalurka­n maklumat berhubung kegiatan yang mencurigak­an atau kehadiran pendatang tanpa izin di kawasan masing-masing kepada pihak polis. Pihak polis akan terus menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab bagi menjaga serta mengawal keselamata­n dan ketenteram­an negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia