Utusan Borneo (Sarawak)

War��a ema�� ru��i lebih RM10 juta terperdaya ��kim pelaburan kripto

-

Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM10 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud berasaskan mata wang kripto.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pesara berusia 80 tahun itu membuat laporan polis kelmarin dengan memaklumka­n menyertai skim pelaburan setelah dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp yang mempromosi­kan skim pelaburan itu.

“Melalui kumpulan sembang itu, pengadu (wanita warga emas) berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahuluk­an wang untuk pembelian kripto dan pengadu diminta membuat bayaran balik setelah pembelian kripto itu berjaya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, wanita terbabit yang terperdaya dengan helah itu telah melakukan 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza berjumlah RM10 juta.

Menurut Ramli, wanita itu mulai sangsi terhadap kesahihan pelaburan berkenaan apabila masih diminta membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

Ramli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya menasihatk­an orang ramai terutama warga emas supaya lebih berwaspada serta tidak mudah percaya terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang dipromosik­an melalui laman sosial.

“Lakukan semakan dengan agensi yang berkaitan termasuk Bank Negara Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan,” katanya.

Beliau berkata, untuk sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubung­i balai polis berhampira­n atau mengemukak­an pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111 222. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia