Utusan Borneo (Sarawak)

Rampas ganja hampir setengah juta dalam kubur Cina

Taktik ��indiket dadah elak dike��an pihak berkua��a berjaya dibon��kar poli�� ��elepa�� menahan dua lelaki tempatan

-

GEORGE TOWN: Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina di Mount Erskine, Pulau Tikus di sini bagi mengelak dikesan pihak berkuasa berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM496,088 pada Rabu dan Khamis lepas.

Dalam siri serbuan itu, pihak polis berjaya merampas antaranya 100 bungkusan ganja mampat yang disembunyi­kan dalam sebuah kubur Cina lama yang dipercayai dikorek lubang kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan stok ganja tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur

Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata, dalam siri serbuan itu, pihak polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di tepi jalan di kawasan Estate Hong Seng pada 4 petang dan merampas ganja seberat 7.82 gram (g) bersamanya.

“Polis kemudianny­a menahan seorang lelaki berumur 35 tahun kira-kira 300 meter dari tempat suspek pertama ditahan dan merampas ganja serta syabu bernilai hampir RM10,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, lelaki kedua itu seterusnya membawa pasukan polis ke sebuah pondok dalam hutan di perkampung­an Estate Hong Seng dan polis merampas 45 bungkusan ganja mampat seberat hampir 50 kilogram (kg) di situ.

Razlam berkata, kesemua ganja bernilai RM154,869 itu disembunyi­kan dalam dua guni dan disimpan di pondok tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki pertama yang ditahan itu kemudianny­a membawa pihak polis ke kawasan tanah perkuburan Cina di situ dan menemukan 100 bungkusan mampat ganja seberat 102.9kg bernilai RM331,272 yang disorok dalam sebuah kubur di situ.

“Kubur itu merupakan kubur lama dan jauh dari kawasan perkuburan baharu di situ, sindiket tersebut dipercayai mengorek lubang

Poli�� kemudianny­a menahan ��eoran�� lelaki berumur 35 tahun kira-kira 300 meter dari tempat ��u��pek pertama ditahan dan merampa�� ��anja ��erta ��yabu bernilai hampir RM10,000.

ACP Razlam Ab Hamid

Ketua Polis Daerah Timur Laut

dalam kubur itu kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan ganja-ganja tersebut,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai daripada rangkaian sindiket yang sama dan mereka bergiat aktif menjalanka­n kegiatan tersebut sejak Disember lepas.

Katanya, mereka dipercayai mendapat bekalan ganja dari negara jiran dan semua ganja tersebut adalah untuk bekalan pasaran tempatan.

“Dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah serta mempunyai pelbagai rekod lampau itu kini direman

selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat di bawah

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. — Bernama

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Razlam (dua kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, George Town semalam. — Gambar Bernama
SIDANG MEDIA: Razlam (dua kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, George Town semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia