Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak menjangka melangkah ke pusingan 16 akhir

Benjamin gembira berjaya bawa Namibia yang beraksi cemerlang meneruskan kempen dalam AFCON

-

BOUAKE: Jurulatih skuad kebangsaan Namibia, Collin Benjamin mengakui ia ‘tidak tertulis dalam skrip’ di mana pasukannya akan melakukan ke pusingan 16 akhir kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) tetapi menegaskan bahawa dia tidak terkejut dengan prestasi pasukannya setakat ini di Ivory Coast, tuan rumah AFCON.

“Saya jurulatih pasukan, jadi saya tidak dapat berasa terkejut. Saya tahu apa kemampuan mereka,” kata Benjamin ketika memberitah­u wartawan di Bouake, menjelang perlawanan pusingan kedua menentang Angola pada Sabtu.

“Saya melatih mereka, saya mengenali mereka. Saya membawa semua strategi bersama-sama pasukan teknikal saya.

“Segala-galanya berlaku dalam padang bukan sesuatu yang mengejutka­n –mungkin untuk orang lain, tetapi saya merancang bersama pasukan saya.”

Negara dengan penduduk kurang dari tiga juta orang itu berada pada ranking ke27 di benua Afrika, tidak pernah memenangi satu perlawanan pun dari tiga penampilan di AFCON sebelum mengejutka­n Tunisia pada perlawanan pertama mereka dalam kejohanan tahun ini.

Walaupun tewas teruk 0-4 kepada Afrika Selatan, keputusan seri dengan Mali sudah memadai untuk mereka mara ke pusingan kedua dari Kumpulan E sebagai salah satu pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan.

“Kami ke pusingan 16

akhir, beberapa pasukan sudah pulang tetapi Namibia masih di sini. Ia bukan tertulis dalam skrip,” tambah Benjamin.

Bekas pemain kelab Hamburg

itu berharap pasukannya boleh meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir.

“Anda tahu bagaimana dalam sukan berprestas­i,

anda menetapkan sasaran dan apabila anda mencapai sasaran itu, anda mungkin membuat satu lagi sasaran untuk melangkah lebih jauh lagi.

“Kesungguha­n itu ada untuk kami berjaya. Kami mahukan lebih banyak lagi kejayaan, ia bukan mudah tetapi kami mahu mengambil peluang ini.”

“Saya jurulatih pasukan, jadi saya tidak dapat berasa terkejut. Saya tahu apa kemampuan ” mereka. Collin Benjamin Jurulatih skuad kebangsaan Namibia

 ?? — Gambar AFP ?? CEMERLANG: Skuad Namibia menjalani sesi latihan sebagai pemanas badan menjelang Kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) di Ivory Coast.
— Gambar AFP CEMERLANG: Skuad Namibia menjalani sesi latihan sebagai pemanas badan menjelang Kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) di Ivory Coast.
 ?? ?? BENJAMIN
BENJAMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia