Utusan Borneo (Sarawak)

Howe yakin Trippier akan terus kekal dan setia bersama Newcastle United

- — AFP

NEWCASTLE: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe, berasa yakin Kieran Trippier akan terus kekal di kelab selepas menolak cubaan kelab Bayern Munich untuk membawanya ke Jerman.

Pemain pertahanan antarabang­sa England itu sudah menerima tiga tawaran dari kelab juara Bundesliga Jerman itu minggu ini, kesemuanya ditolak oleh Newcastle.

Howe, yang juga melihat penyerangn­ya, Callum Wilson dan Miguel Almiron juga dikaitkan dengan perpindaha­n keluar dari kelab sebelum tarikh akhir perpindaha­n pemain pada 31 Januari, menegaskan Trippier - pemain pertama dibeli pemilik baharu kelab selepas pengambila­lihan kelab pada Oktober 2021 tidak pernah mahu pergi.

Bercakap sebelum perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris menentang

Fulham pada Sabtu, dia berkata: “Kami sememangny­a berharap dia akan terus kekal - dan saya yakin dia akan kekal dan menjadi sebahagian dari masa depan jangka panjang kami, tetapi saya harus menjelaska­n bahawa dia tidak pernah meminta untuk pergi atau malah mempersoal­kan masa depannya di sini. Dia sentiasa memberikan sepenuh komitmen.

“Kami mengadakan banyak perbincang­an minggu lepas dan ia sentiasa tentang Newcastle, dan saya fikir ia adalah sangat penting di mana saya menjelaska­n kepada semua orang bahawa komitmenny­a kepada Newcastle seharusnya tidak dipersoalk­an.”

Bayern berkata mereka menamatkan usaha mendapatka­n Trippier pada malam Rabu selepas tidak mendapat berita yang mereka mahukan, dengan Howe menambah:

“Situasinya sudah berakhir bagi saya dan juga Kieran.

“Saya sudah berada dalam bola sepak in dengan cukup lama untuk tidak berkata semuanya pasti kerana saya tidak mahu kelihatan bodoh tetapi Kieran memberikan sepenuh komitmen kepada kelab dan kami sememangny­a mahu mengekalka­nnya.”

Wilson dikaitkan dengan beberapa kelab minggu ini selepas CEO Darren Wales mengakui kelab akan terpaksa menjual pemain dalam pasaran perpindaha­n lain dalam usaha untuk mematuhi syarat perbelanja­an kelab.

Tetapi Howe berkata: “Dalam semua perbualan bersama Callum - sangat sama seperti Kieran - dia memberikan sepenuh komitmen kepada kelab.

“Dia mahu kembali dan menjaringk­an gol. Dia mempunyai cita-cita yang tinggi dalam separuh kedua musim dan kami mahu mengekalka­nnya di sini.

“Apa yang pasti, ada perkara di luar kawalan saya dan sudah tentu kelab bertindak dalam kepentinga­n jangka panjang dan kerana itu, saya memahami dan menyokong sepenuhnya keputusan kelab.”

 ?? ?? TRIPPIER
TRIPPIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia