Utusan Borneo (Sarawak)

FAM panggil Intan Sarah susulan kritikan terhadap Pan Gon

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil pemain bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli susulan kritikanny­a terhadap pertukaran pemain dibuat ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Doha, Qatar yang berkesudah­an seri 3-3 dengan Korea Selatan,

Khamis lepas.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata sebagai pemain bola sepak, Intan Sarah atau lebih dikenali Intan Serah tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan berkenaan yang dimuat naik menerusi laman X, barubaru ini.

“Kita akan menilai kenyataan yang beliau (Intan Serah) maksudkan,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur Terminal 1, Sepang, dari Doha, malam kelmarin.

Noor Azman juga berkata pihaknya akan meneliti dahulu kenyataan itu sebelum memutuskan tindakan terhadap Intan Serah.

Pemain berusia 24 tahun sebelum ini membuat kenyataan keras apabila mempersoal­kan kewajaran Pan Gon menukar penyerang Darren Lok dengan pemain naturalisa­si Paulo Josue pada babak kedua perlawanan membangkit­kan kemarahan peminat bola sepak tanah air menerusi laman sosial terbabit.

Sebaliknya, Pan Gon membuktika­n percaturan­nya membuahkan hasil apabila Josue menjadi watak penting dengan membuat hantaran kepada Romel Morales sebelum penyerang Kuala Lumpur City FC melepaskan gol penyamaan pada minit akhir masa kecederaan menentang Korea Selatan.

Dalam pada itu, Noor Azman menghargai usaha kerajaan menyalurka­n peruntukan RM5 juta seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengurus serta meningkatk­an keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sumbangan ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia