Utusan Borneo (Sarawak)

Osimhen akan tinggalkan kelab Napoli

-

Penyerang antarabang­sa Nigeria, Victor Osimhen akan meninggalk­an kelab Serie A Itali, Napoli pada musim panas ini dan menyertai “sama ada Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) atau sebuah kelab dari Liga Perdana Inggeris”, menurut presiden dan pemilik kelab, Aurelio De Laurentiis pada Jumaat.

De Laurentiis memberi respons kepada satu temu bual di mana Osimhen, yang bersama skuad Nigeria dalam pertanding­an Piala Negara Afrika (AFCON), mendakwa penyerang berusia 25 tahun itu sudah “membuat keputusan” mengenai langkah seterusnya.

Disoal oleh media Itali selepas satu pertemuan dengan Liga Bola Sepak Itali, De Laurentiis berkata dia tidak terkejut, walaupun Osimhen sudah menandatan­gani kontrak lanjutan bersama kelab pada bulan Disember lalu.

Media Itali melaporkan kontrak lanjutan itu mengandung­i klausa pelepasan bernilai di antara 120 dan 130 juta euro.

Osimhen adalah penjaring terbanyak Serie A Itali musim lepas, menjaringk­an 26 gol ketika Napoli memenangi kejuaraan liga yang pertama mereka sejak 1990.

De Laurentiis berkata dia

sudah bersedia untuk pemergian Osimhen.

“Kami sudah tahu semua ini sejak musim panas tahun lepas, yang mana kenapa rundingan untuk lanjutan kontraknya, walaupun baik, mengambil masa yang lama,” kata De Laurentiis.

“Kami tahu dia akan pergi sama ada ke Real Madrid, Paris Saint-Germain atau sebuah kelab Inggeris.”

Osimhen, dipilih sebagai Pemain Terbaik Afrika tahun

lepas, menyertai Napoli dari kelab Lille pada 2020 dan sudah menjaringk­an 67 gol dari 119 penampilan dalam semua pertanding­an.

Napoli mengharung­i musim hambar musim ini, di mana mereka ketika ini berada di tangga kesembilan liga dan sudah tersingkir dari pertanding­an Piala Itali.

Jurulatih Luciano Spalletti, meninggalk­an kelab selepas membimbing kelab memenangi kejuaraan liga dan De

Laurentiis melantik Rudi Garcia sebagai pengganti namun memecat jurulatih dari Perancis itu pada pertengaha­n bulan November dan melantik Walter Mazzarri sehingga akhir musim ini.

De Laurentiis menolak kemungkina­n melantik Jose Mourinho sebagai jurulatih di masa hadapan.

Mourinho ketika ini tanpa sebarang kelab selepas dipecat oleh AS Roma pada pertengaha­n bulan ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEDIA: Osimhen (tengah) berlatih bersama rakan senegarany­a sebagai persiapan Nigeria dalam kempen Kejohanan Piala Negara Afrika di Ivory Coast.
— Gambar AFP SEDIA: Osimhen (tengah) berlatih bersama rakan senegarany­a sebagai persiapan Nigeria dalam kempen Kejohanan Piala Negara Afrika di Ivory Coast.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia